Seorang Pendawai Elektrik Maut Kemalangan Dgn Kereta Semasa Pergi Kerja | Seorang pendawai elektrik maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kuala Berang-Tanggol-Wakaf Tapai dekat Kampung Butut, pukul 8.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, mangsa Daniel Azim Abu Bakar, 21, disahkan maut pada pukul 9.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.
Katanya, hasil siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki dalam perjalanan dari Kampung Padang Setengga ke tempat kerja di Binjai Rendah, Marang.
Langgar Kereta Yang Keluar Simpang
“Apabila tiba di tempat kejadian mangsa melangggar sebuah Perodua Axia yang keluar dari simpang.
“Pemandu kereta itu seorang wanita berusia 42 tahun ingin membelok kanan untuk ke kedai runcit miliknya di Kampung Butut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di kaki kiri dan kanan manakala pemandu Axia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : UtusanTV
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
[VIDEO] Seorang Pemuda Orang Asli M4ut, Motosikal Bertembung Kereta
Seorang Pemuda Orang Asli M4ut, Motosikal Bertembung Kereta| Seorang pemuda Orang Asli maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di jalan menghala Felda Lui Selatan di sini pada Ahad.
Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada jam 5.10 petang itu menyebabkan Den Jahoring, 25, yang bekerja di kilang perabot maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.
Menurutnya, kejadian membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa dengan sebuah kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 38 tahun.
“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah rumahnya,Kampung Sungai Sampo menghala ke Seremban, manakala kereta berkenaan menghala ke Felda Lui Selatan.
Mangsa Cuba Potong Kereta Di Depan
“Sebaik sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa yang memotong kenderaan di hadapannya, tidak sempat elak kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ujarnya, akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta luka di bahagian kepala.
Polis Masih Siasat
“Pemandu sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Jempol dan proses bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dilakukan pada Isnin.
“Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis daerah Jempol untuk membantu siasatan,” katanya.
BACA JUGA :
Pasangan Suami Isteri Warga Emas M4ut Rempuh Belakang Lori
Pasangan Suami Isteri Warga Emas M4ut Rempuh Belakang Lori | Sepasang suami isteri warga emas maut manakala anak lelaki mereka cedera parah setelah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 392.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini malam tadi.
Mangsa Cedera Parah Di Bahagian Kepala
Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, Mohd. Ghani Ismail, 68, yang merupakan pesara kerajaan dan isterinya, Minah Abdullah,69, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Anak lelaki mereka, Mohd. Hafizie, 32, yang memandu Toyota Hilux itu pula patah kedua-dua belah kakinya.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Hasmerra Hassan berkata, sewaktu kejadian, tiga beranak tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Tok Rimau, Pengadang Buluh, Kuala Terengganu.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Toyota Hilux dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan hampas kelapa sawit.
Anak Mangsa Tersepit Dalam Kereta Remuk
“Impak rempuhan itu menyebabkan pasangan suami isteri warga emas (Mohd. Ghani dan Minah) masing-masing berada di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang tersepit di dalam kenderaan yang remuk teruk,” katanya di sini hari ini.
Hasmerra berkata, mayat Mohd. Ghani dan Minah kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut.
Sumber : KMN