Seorang wanita meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium di Taman Sungai Besi, Cheras, di sini, pada Isnin.

 LOKASI kejadian wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium di Taman Sungai Besi, Cheras, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Ihsan PDRM.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 5.48 petang.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Salak Selatan Baru bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita berusia 19 tahun dalam keadaan terbaring di jalan berhampiran lobi kondominium terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM, Cheras, di sini, yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Zam Halim berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

“Keterangan waris mangsa dan saksi kejadian sudah diambil bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HCTM untuk proses bedah siasat,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Salak Selatan Baru, Inspektor Khairul Asraf Abu Kasim di talian 03-79815053 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.

May be an image of sky and skyscraper

Sumber : Harian Metro

 

ARTIKEL LAIN YANG MENARI UNTUK DIBACA

Mayat Wanita Tersangkut Di Tingkat 20 Kondominium

Bomba mengambil masa lebih sejam untuk membawa naik mayat seorang wanita yang tersangkut pada belebas tiang tingkat 20 sebuah kondominium dekat Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Mangsa berusia 40 tahun sebelum itu dipercayai terjatuh dari tingkat 28 bangunan kediaman berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata laporan kejadian diterima jam 8.09 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata anggota bomba yang tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi kemudian menggunakan teknik penyelamatan dengan tali untuk menaikkan mangsa.

Beliau kata dalam kenyataan, hari ini bahawa mangsa yang dilihat tidak sedarkan diri akhirnya berjaya dibawa masuk ke dalam bangunan melalui tingkap di tingkat 20 sebelum disahkan sudah meninggal dunia.

Norazam berkata, tugas penyelamatan selesai sepenuhnya pada jam 10.55 pagi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply