Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana pihak memberi satu nama yang sudah memberi sumbangan yang lebih daripadanya kepada skuad bola sepak kebangsaan dan arena bola sepak tanah air.

Cabaran itu disuarakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) di laman Instagram milik beliau semalam selepas ramai mempersoalkan sumbangan beliau dan JDT kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air.

Malah, banyak pihak juga masih mempersoalkan tindakan beliau mempertahankan keputusan 14 pemain JDT yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya menyertai saingan Piala AFF.

Sehubungan itu, Tunku Ismail menyenaraikan 10 sumbangan beliau dan JDT kepada bola sepak negara:

1. JDT menyumbang 16 mata AFC MA Ranking – lebih slot kepada pasukan-pasukan Liga Super ke peringkat Asia.

2. Membantu Malaysia mengutip 32.07 mata ranking FIFA – kedudukan 154 ke 146.

3. JDT meminjamkan pusat latihan kepada skuad kebangsaan dan meminjamkan Stadium Larkin dan Pasir Gudang untuk tujuan latihan dan perlawanan persahabatan pada tahun 2021.

4. Menaja RM1.4 juta – menanam rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bermula Mac 2023.

5. Meminjamkan kanvas stadium untuk menjaga kualiti SNBJ sebelum perlawanan-perlawanan penting pasukan kebangsaan.

6. Memberi sebuah bas rasmi untuk kegunaan pasukan kebangsaan pada 2017.

7. Merombak dan mengecilkan saiz pentadbiran FAM untuk menjaga kewangan FAM.

8. Mengurangkan saman MP Silva terhadap FAM dari RM6.5 juta ke RM1.4 juta dan membayar RM1.4 juta menggunakan duit sendiri untuk menyelesaikan kes saman FAM itu.

9. Membelanjakan RM12 juta duit sendiri untuk melupuskan hutang-hutang lapuk FAM dan menyuburkan program-program akar umbi FAM.

10. Menghantar jurulatih skuad kebangsaan ke Sepanyol untuk perkongsian profesional.

“Sekarang saya cabar/challenge mana-mana pihak atau individu untuk memberi satu nama sesiapa yang telah memberi sumbangan yang lebih daripada saya kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air. Termasuk pemimpin kelab-kelab anda,” tulisnya.

Sumber : Berita Harian

 

ARTIKEL LAIN YANG MENARIK UNTUK DIBACA

TMJ Tarik Diri Dari JDT. Ini Puncanya..

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengundur diri daripada pengurusan kelab paling berjaya tanah air itu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dibuat di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Menerusi kenyataan itu, Tunku Mahkota Johor bertindak demikian disebabkan faktor tanggungjawab serta komitmen lain yang perlu dilakukan.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” katanya dalam hantaran di Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail memberi sinar baharu buat kelab bolasepak di Johor itu setelah mengambil alih pengurusan kelab bermula pada 2012.

Sepanjang tempoh hampir sedekad ini, pelbagai kejayaan demi kejayaan yang diraih pasukan Harimau Selatan itu bermula dengan memenangi gelaran Liga Super pada 2014.

Sejak dari itu, pemilik gelaran Liga Super itu tidak pernah berpindah tangan setelah JDT muncul juara saban tahun bagi lapan musim berturut-turut.

Kejayaan membanggakan JDT dicipta pada 2015 ketika pasukan di bawah kendalian Mario Gomez memenangi Piala AFC, sekali gus menjadi pasukan pertama negara memenanginya.

Pada tahun ini, JDT sekali lagi mengukir nama di pentas antarabangsa selepas muncul pasukan pertama negara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL).

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply