Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan, kekal buat masa ini.

Status Najib Selaku Ahli Parlimen Pekan Kekal. 'Ini' Sebabnya..

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia berikutan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, sudah memfailkan petisyen pengampunan pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, petisyen pengampunan itu difailkan dalam tempoh 14 hari, sekali gus status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan hanya akan ditentukan selepas proses pengampunan itu selesai.

Katanya, Najib hanya akan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen Pekan sekiranya permohonan pengampunan diraja itu ditolak.

Jelasnya, memandangkan petisyen pengampunan sudah difailkan oleh Najib mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pada 2 September 2022, iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan, maka kuat kuasa kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu dibereskan (sekiranya petisyen itu ditolak).

Katanya lagi dalam satu kenyataan, ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.

Namun, Perkara 48(4)(c) pula memperuntukkan jika petisyen pengampunan difailkan Ahli Parlimen berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh rayuan diputuskan, kehilangan kelayakan Ahli Parlimen itu hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan dibereskan (jika petisyen ditolak).

Azhar Azizan memaklumkan menerima serahan beberapa dokumen, antaranya salinan permohonan pengampunan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan terhadap Najib bertarikh 1 September lalu.

Beliau turut menerima salinan surat daripada Tetuan Shafee & Co bertarikh 1 September lalu, yang melampirkan permohonan pengampunan itu yang diaku terima

oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 2 September lalu.

Pada masa sama, beliau turut menerima salinan Perintah Jenayah termeterai bagi kes rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan bertarikh 23 Ogos lalu.

Berdasarkan dokumen Perintah Jenayah itu, beliau mengambil maklum bahawa rayuan jenayah Najib telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu, sekali gus mengesahkan perintah sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi, yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply