Suami Berdepan Tuntutan Cerai Gara-Gara Tak Masak Mi Segera & Buat Kopi Untuk Isteri | PASURUAN: Gara-gara masalah mi segera, bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Pasuruan berdepan tuntutan cerai oleh isterinya.
Detik melaporkan, si isteri memfailkan cerai selepas suaminya berang kerana enggan memasak mi segera dan menyiapkan kopi untuknya.
Proses perceraian bekas pemimpin itu yang berusia 47 tahun dan isterinya yang berusia 43 tahun, berlarutan selama tujuh bulan.
Si suami mengakui dia kesal dengan keputusan hakim dan menurutnya, Mahkamah Syariah perlu berusaha mendamaikan agar rumahtangganya dapat diselamatkan.
“Awalnya pada penghujung Mei lalu, waktu itu saya minta buatkan mi dan kopis. Dia menolak dan berkata dalam bahasa yang tidak baik untuk didengar,” katanya.
Jelasnya, isterinya mempunyai gerai jualan di pasar dan apabila diminta membuatkan mi serta kopi, wanita itu enggan berbuat demikian.
Sumber: Utusan