Penduduk Geram Warga Emas Berkeras Tak Bagi Buang Sarang Tebuan | PETALING JAYA: Tindakan seorang warga emas menghalang bomba membakar sarang tebuan di atas pokok di depan rumahnya mengundang kecaman kerana tindakan lelaki tersebut seakan-akan mementingkan diri sahaja.

Insiden itu dirakam pengguna aplikasi TikTok, heartless0911 yang juga jiran kepada warga emas tersebut dan individu bertanggungjawab menghubungi pihak berkuasa untuk membakar sarang haiwan tersebut.

Menurut pengguna itu, dia cuba memujuk jirannya untuk bertolak ansur demi menjaga keselamatan orang ramai kerana risau jika sarang tersebut jatuh menimpa orang yang lalu-lalang di hadapan pokok itu.

TONTON VIDEO BERKENAAN :

 

“Ini untuk keselamatan orang ramai jugak pak cik, bakar sarang tebuan je bukan bakar pokok pak cik pun. Kalau kena kepala orang macam mana? Saya mengadu untuk keselamatan,” katanya dalam klip rakaman yang disiarkan di Tiktok.

Namun, warga emas tersebut tidak memberi toleransi malah bertindak mengungkit sesuatu yang tiada kaitan dengan isu tersebut.

“Bukan jatuh kena kepala mereka pun. Kalau kena, kalau saya suruh ubah pagar belakang apa macam? Buat dalam tanah siapa? Itu yang buat pagar atas tanah saya sepanjang tu siapa yang suruh buat,” balas warga emas tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan kesal melihat sikap mementingkan diri warga emas itu dan berharap individu tersebut berlembut hati bagi membenarkan pihak bomba membakar sarang tebuan demi kebaikan bersama.

“Doakan yang baik-baik, semoga pak cik tu dibuka pintu hati untuk berukhuwah baik dengan manusia lain, pak cik ini lebihkan harta dunia lagi sedangkan usianya,” komen adindatulip.

“Saya pulak stress dengar pasal pak cik ni. Orang cakap pasal tebuan, dia sibuk pasal pagar. Habis kalau benda dah jadi mesti dia salahkan orang yang lalu dan main dekat situ,” komen missanad24.

“Kalau saya abaikan je apa pak cik tu nak cakap, buang je kak. Abaikan apa pak cik tu nak cakap, lawa mulut pun dengan orang tua susah juga. Dia nak menang ke situ la jadinya,” komen nurfieyna95.

Sumber: Utusan

Share.

Leave A Reply