Suami Ugut Cerai Jika Isteri Tak Mengandung Sampai Akhir Tahun | Petaling Jaya – Tindakan seorang suami beri ugutan mahu bercerai sekiranya si isteri tidak mengandung sehingga hujung tahun ini telah membuatkan wanita itu mengalami perasaan sedih dan terluka.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tetap memohon doa daripada orang ramai untuk dia diberi peluang mendapat cahaya mata.

Kisah itu dikongsi oleh menerusi Twitter oleh pengacara dan penyampai radio Buletin FM, Ahmad Fedtri Yahya sambil menjelaskan apa erti setia jika sengsara jiwa, tiada bahagia dalam ugutan dan egois.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan suami kepada wanita itu kerana tidak memikirkan hati dan perasaan isteri.

“Tanya dia balik puan. Memang sah ke puan yang tak subur atau sebaliknya. Isu anak ni, subur atau tak bukan hanya bergantung kepada si isteri. Suami juga memainkan peranan. Suami yang merokok juga mempengaruhi untuk mandul,” jelas @ezalika87.

“Maafkan saya berkata-kata tapi sesungguhnya saya sangat marah dengan lelaki spesis macam ni. Memang salah isteri ke? Boleh jadi salah si suami yang mandul, atau sperma dia yang tak normal. Tengok dari segi penceritaan macam si suami memang tak pernah buat ujian kesuburan je,” ujar @lyflssbtch.

“Dia mencari satu kebahagian sedangkan bahagia yang ada tidak dihargai. Bahagia isteri maka bahagialah hati barulah Allah akan buka lebih banyak pintu-pintu kebahagiaan,” kata @asyilafrancis.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply