Trend ‘Unboxing By Husband’, Ini TEGURAN Dari PU Syed Yang Buat Ramai SENTAP | Khalifah Media Networks – Pencetus Ummah (PU) Syed tampil bersuara. Berikutan trend terbaharu di tiktok. Yang mana melakukan video ‘unboxing by husband’ atau ‘unboxing pengantin’ yang makin rancak di TikTok.

Trend 'Unboxing By Husband', Ini TEGURAN Dari PU Syed Yang Buat Ramai SENTAP

Menerusi hantaran di Facebook, PU Syed, 39, menegur segelintir pengantin baharu yang terikut dengan bidaah dholalah. Yang bermaksud perkara atau amalan baharu yang tidak ada contoh daripada Nabi Muhammad SAW.

Tegas PU Syed berkata kandungan video seperti itu haram dilakukan kerana ia terang-terangan terdedah aurat isteri.

Kenyataan PU Syed

Unboxing wife, atau unboxing by husband satu lagi perkara bidaah dholalah yg sedang viral dan telah ramai dilakukan oleh pasangan pengantin muda di media sosial! Dedah aurat adalah HARAM, apatah lagi dedah aurat isteri kalian! Kalian boleh berbangga dan suka content² HARAM sebegitu semata² utk peroleh tontonan ramai!

Dalam pada itu, PU Syed turut berkongsi potongan surah An-Nur ayat 30 hingga 31 yang menekankan mengenai menjaga kehormatan diri.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka. (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

(Surah An-Nur : 30-31)

Sebelum ini, di video ‘unboxing by husband’ mula menjadi ikutan dalam kalangan pengantin muda di TikTok. Bertujuan untuk memberitahu mereka sudah menjadi pasangan suami isteri yang sah. ‘Unboxing pengantin’ akan memaparkan si suami membantu isteri membuka tudung secara perlahan-lahan.

Sumber : Oh Bulan

 

Share.

Leave A Reply