Misteri Tarian dan Lagu Ulik Mayang. | Ulek Mayang merupakan tarian tradisional dari negeri Terengganu. Dikatakan tarian ini merupakan sejenis tarian penyembahan. Ada banyak versi legenda Ulek Mayang ni. Lagunya yang unik mengiringi tarian ini. Sesetengah orang mendakwa ia sebagai ‘lagu berhantu’. Selain dari asal-usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak seram!

Tarian

Assalamualaikum.
Nama aku Khayrin. Story yang bakal aku cerita ni dah beberapa tahun pun berlaku. Waktu aku sekolah menengah dulu. Dah lama aku tertarik untuk bagi cerita aku kat sini. Selalu je ramai yang kacau… hmm. Tapi alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku cerita kat sini.

PINDAH RUMAH ARWAH ATOK

Waktu ni aku dengan family aku baru pindah duduk rumah arwah tok dengan tok wan (belah mak). Lepas je tok dengan tok wan tinggalkan kami, terus mak cakap nak duduk kat rumah tu sementara. Sepanjang duduk situ alhamdulillah semua baik2. Cuma takut sikitlah dengan cara binaan rumah itu. Btw, keluarga aku memang jarang balik sini sebab tok tak benarkan. Kalau raya pun, tok sendiri akan datang ke rumah kami.

Okay. Sekolah menengah yang aku baru masuk ni pun cantik sangat. Kemas je. Takde pulak sampai aku kena pinggir. Kebetulan lagi beberapa minggu je akan ada pertandingan menyanyi lagu irama Malaysia sempena bulan bahasa. Aku pun join je lah sebab aku ni berminat jugak dalam nyanyian. Hal suara sedap tak sedap ketepikan dulu. Jujur, aku ni seorang yang suka bertangguh. Jadi, nak dekat lagi 2 hari sebelum pertandingan, aku baru nak cari lagu. Fuh, kelam kabut gila.

PILIH LAGU ULIK MAYANG

Akhirnya, aku pilih lagu ulek mayang. Bukan sebab apa, lagu itu senang dinyanyikan. Lirik setiap verse pun hampir sama jadi takkan menyusahkan aku. Aku practice lagu ni siang malam. Pernah sampai kena marah dengan kakak sebab dia seram dengar lagu tu, haha. Aku siap nyanyi sambil buat tarian lagi depan dia. Apa lagi, dihempuknya kepala aku dengan papan pemotong. Sakit nau.

Selepas beberapa hari, pertandingan pun bermula. Serius aku takut sebab aku tak berapa nak hafal. Kena tengok lirik baru boleh. Aku jadi orang yang ketiga buat persembahan. Waktu pengacara umumkan turn aku tu, keadaan dewan memang bising nak mati. Ni mesti kes diorang dah bosan ni… Tapi, aku terus genggam mic dan mulakan nyanyian.

Sepanjang aku menyanyi pun nasib baik semua berjalan lancar. Aku pun tak tau sebab seolah2 aku tahu keseluruhan lagu tu. (Yes, aku tak nyanyi lirik yang sudah diubah suai. Tetapi aku nyanyi lirik yang betul2 ori 100%).

 

LIRIK DIUBAH SUAI

Buat pengetahuan pembaca yang tak tahu. Lirik sebenar ulek mayang ni telah diubah suai. Pada lirik yang tak ori ni, puteri2 ganjil tak dinyatakan dalam lagu. Means’, yang ada hanyalah puteri2 genap termasuk puteri ketujuh. puteri ketujuh ni puteri bongsu.

Tapi, apa yang berlaku kat aku, aku nyanyi ‘full’! Dari puteri esa, sampai habis. Kononnya nak tunjuk kelainan lah kat situ.

Balik je rumah, aku mandi, buat kerja rumah dan tidur. Tiba2 aku rasa tak lalu nak makan. Sampailah pukul 2:45 pagi, aku terjaga. Lapar gila waktu tu. Aku keluar bilik dengan harapan nak makan nasi. Tapi waktu nak berjalan ke dapur, terdengar ada orang menyanyi dalam bilik mak aku.

TIRU SUARA AKU

Ya Allah, ni lagu ulek mayang. Ni yang aku menyanyi. Suara ni macam suara aku!! Sumpah aku takut sangat2 waktu tu. Terputus niat aku nak makan nasi. Cepat2 masuk bilik dan biarkan bilik aku terang dengan sinaran lampu. Aku tak boleh nak tidur langsung. Sedar tak sedar, pukul 4 pagi. Waktu ni terdengar lagi sekali lagu ulek mayang. Kali ni bukan suara, tetapi bunyi seruling. Yang aku rasa, orang guna untuk silat tu. Terburai air mata aku. Kenapa benda macam ni boleh jadi kat aku… Kalau boleh, nak saja aku ajak mak aku tidur sekali dengan aku.

Tapi aku pun cepat2 selubung dalam selimut. Aku menangis tak henti2 sampailah aku sendiri tertidur.

Pagi itu aku bangun, terus meluru ke dapur. Waktu ni memang aku melantak habis-habisan. Lapar sangat. Tiba2 mak aku tegur aku.

“Khai.. Lain kali, jangan nyanyi lagu ulek mayang tu dah, okay?”

Aku terdiam sebentar.

Yes!! Baru aku teringat semalam, aku ada terdengar lagu tu.

“Eh mak pun ada dengar ke?” Hmm ofkos la dia dengar. Bunyi tu datang dari bilik dia.

Pertanyaan aku dibiarkan sepi tanpa jawapan. Hmm takpelah. Aku kembali makan macam biasa. Sekolah pun lagi beberapa minit je nak bermula. Habis makan, aku siap2 dah pergi sekolah macam biasa

———Tarian

KAKAK DEMAM PANAS

Petang tu aku balik rumah je dah diberitahu oleh mak yang kakak demam panas. Suhu tak turun2 semenjak pagi tadi. Mak aku cakap mulut kakak tak habis2 cakap “ku tahu asal usul mu, yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat, nasi berwarna, hamba sembahkan”. Mak cakap ayat tu yang kakak asyik ulang. Benda yang sama je.

Ya Allah. Sumpah aku terkejut waktu tu. Itu rangkap terakhir dalam lagu ulek mayang. Macam mana boleh tersangkut kat kakak ni? Astaghfirullah…

Demam kakak berlarutan sampai ke malam. Memang semakin teruk. Ni dah bukan demam biasa2. Akhirnya, abah jemput seorang ustaz ni. Aku tak taulah apa ustaz ni buat memandangkan mak tak benarkan aku keluar bilik. Alhamdulillah, kakak pon semakin sihat. Esoknya, aku tak pergi sekolah sebab kena jaga kakak. Habis semua benda aku korek kat kakak aku ni.

“Akak kenapa teruk macam tu sekali? Ada salah makan ke apa?

Dan macam2 lah aku tanya. Tapi ada satu ni, dia hampir tercakap apa tah, terus senyap. Bila aku desak dia habis2, baru dia bagitau.

“Akak terjaga pukul 4 pagi, kat ruang tamu ternampak hang tengah menari ulek mayang sambil tersenyum pandang akak.” Akak cakap, dia terus masuk bilik.. Sampailah esoknya, dia demam.

Istighfar panjang aku. Masa bila aku menari ni??!!

Terus sepanjang hari itu aku banyak mendiamkan diri. Lepas je benda macam tu berlaku, aku tak berani langsung nak nyanyi lagu tu

Tamat di sini sahaja cerita aku. Untuk pengetahuan korang, aku dan keluarga masih menetap di rumah tu. Alhamdulillah, semua baik2 sahaja. Maaf sekiranya cerita aku ni terlalu bosan dan merunsingkan pembaca semua. Lagi satu, aku tak ada niat langsung nak burukkan sejarah ulek mayang. Apa yang terjadi adalah kehendak-Nya. Semoga dijadikan pengajaran. Sampai ke tua lah aku dihantui dengan pengalaman ni huhu. Assalamualaikum.

Sumber:  Fiksyen Shasha

Share.

Leave A Reply