Tembak Mati Saudara Kandung Akibat Tukar Jantina | Seorang lelaki Iraq dilaporkan telah menembak mati saudara kandungnya dipercayai kerana perbuatan mangsa yang menjalani pembedahan menukar jantina, baru-baru ini.

 Tembak Mati Saudara Kandung Akibat Tukar Jantina

Daily mails melaporkan, Polis Dohuk di wilayah Kurdistan memaklumkan bahawa Doski Azad, seorang jurusolek berusia 23 tahun dibunuh oleh abangnya, Chakdar selepas ia dikaitkan dengan upacara ‘pembunuhan kehormat’.

Polis Dohuk berkata mayat mangsa ditemukan berhampiran kampung Babukhkii.

Mangsadikatakan telah disyaki dibunuh tidak lama selepas memuat naik gambar ‘transformasinya’ di media sosial.

Polis tahu mengenai kematian Doski tiga hari selepas mangsa dibunuh sebaik menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai salah seorang abang mangsa.

Media tempatan melaporkan, tiada tangkapan dibuat dan suspek dipercayai melarikan diri ke luar negara.

Doski yang meninggalkan rumah lebih lima tahun lalu, menerima pelbagai ugutan daripada keluarganya kerana penampilannya sebelum ini.

Dia tetap menerima ancaman itu walaupun sudah membina kehidupan sendiri sebagai seorang ‘wanita’ dan bekerja di salun.

Pengarah daerah Brendar Doski berkata, keluarga Doski memaklumkan mengenai pembunuhan mangsa.

Mereka turut memberikan lokasi mayat Doski dan polis menemui mayat mangsa sebaik tiba di kampung berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Share.

Leave A Reply