Tengok Video Dakwah Bapa, Ini Luahan Sayu Anak-Anak Ebit Lew. Allahu

| April 29, 2020 | 0 Comments

Tengok Video Dakwah Bapa, Ini Luahan Sayu Anak-Anak Ebit Lew. Allahu | Ibu bapa menjadi pendidik yang paling baik bagi anak-anak. Segala tingkah laku yang dilakukan ibu bapa akan diikuti oleh mereka.

Jadilah teladan yang baik untuk anak-anak kerana mungkin dengan itu mereka akan lebih teguh dan berhati-hati dalam menghadapi kehidupan apabila dewasa kelak.

Teladan ini ditunjukkan oleh Ustaz Ebit Lew. Menerusi kiriman terbarunya, Ebit Lew berkongsi tentang waktu yang diluangkan bersama anak-anaknya sambil mendalami bantuan dan dakwah yang pernah dilakukan olehnya.

Anak saya yang kecil tak duduk diam. Jika waktu baca Hadis Nabi saw, saya suruh dia rakam. Baru dia seronok ada kerja. Bila penat, disinilah saya berehat. Baca Al-Quran dan Hadis bersama bidadari dan anak-anak. Peluk dan cium bidadari dan anak-anak jadi ubat. Semua kepenatan hilang. Bersama keluarga rasa sakinah tenang jer rasa. Terima kaseh Allah. .

Sayu bila balik jauh. Anak tengah tengok youtube tentang dakwah saya sepanjang pkp. Anak menangis. Yang kecil menangis sambil lap air mata. Kenapa menangis. Kasihan dia ayah. Dekat rumah dia ada ular. Susahnya dia ayah. Kita berdosa yer ayah kalau ada orang susah kita tak tolong. Nanti Allah tanya di akhirat yer? Yer anakku kita akan ditanya kita tidur lena ada orang lapar atau tiada tempat tidur. Terima kaseh ayah. Dia tengok ayahnya bantu keluarga susah. Berbincang tentang makcik atas kerusi roda.

Gambar: Ebit Lew

Diaorang tanya ayah nak jadi polis ke doktor. Dengar mana anakku. Ayah cakap dalam video nak jadi polis. Ada cakap nak jadi doktor. Dua-dua ayah pernah fikir dulu. .

Dua-dua tak dapat. Hebat kerja mereka. Ayah dapat menyumbang sedikit pada mereka pun dah rasa berharga. Anak kecil tak nak berhenti menangis. Dah lah menangis. Sedihlah ayah. Nanti dah besar nak jadi macam ayah boleh. Jadi boss ke ayah? Bukan anakku. Jadi orang Islam yang ingin belajar akhlak Nabi saw. Bawa kebaikan pada semua manusia sebelum mati. Cuma nak Allah sayang

Gembira sebab biasa tengok youtube kartun. Sekali sekala mereka sekarang mesti tengok youtube kisah tolong orang sebarkan kasih sayang-ebitlew

Sumber: Ebit Lew Via Siakapkeli

Tags: , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *