Terkini KKM Sahkan Kes Baru Wanita Suspek Koronavirus Di Bintulu Sarawak. Allahu. | Dalam sidang media hari ni, Menteri Kesihatan mengesahkan ada satu kes wanita yang menunjukkan simptom koronavirus di Bintulu Sarawak dan wanita itu telah pun dikuarantin oleh pihak hospital.

SUSPEK KORONOVIRUS TERKINI : 5 ORANG

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan menerima laporan berhubung seorang warga China yang bekerja di Bintulu, Sarawak mempunyai simptom koronavirus.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, wanita itu sedang dikuarantin di Hospital Bintulu dan pihanya masih menunggu keputusan kesihatan ujian makmal.

“Dengan laporan ini, jumlah terkini suspek koronavirus yang dirawat di hospital adalah lima orang.

“Dua kanak-kanak dirawat di Hospital Langkawi dan dua lagi di Hospital Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan KLIA2 hari ini.

Terdahulu satu laporan polis berhubung individu yang mengalami simptom koronavirus di Bintulu itu menjadi tular di media sosial.

Laporan itu antaranya menyebut wanita berusia 25 tahun berkenaan ke Wuhan atas urusan kerja pada 11 Januari lalu sebelum tiba dan transit di Kota Kinabalu Sabah lima hari kemudian.

Dia terus bekerja di pejabat seperti biasa dan pada 26 Januari wanita itu pergi ke Hospital Columbia Asia untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami demam.

TIADA SUSPEK KORONAVIRUS DI PAHANG DAN NEGERI SEMBILAN

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan nafi terdapat kes koronavirus direkodkan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, menurut Timbalan Pengarah Kesihatannya.

Sementara dakwaan kes itu direkodkan di Kuantan yang tular di Twitter hari ini juga adalah palsu, kata Pengarah Kesihatan Pahang. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply