Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Selepas kelewatan dua tahun akibat birokrasi, akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk menari kegembiraan ketika perasmian kilang kereta elektriknya berhampiran Berlin.

Tesla Lancar Kilang, Kereta Pertama Di Eropah

Semalam, kereta Model Y pertama yang dibuat di Eropah akhirnya berjaya dikeluarkan.

“Danke Deutschland! (Terima kasih, Jerman),” kata Musk di Twitter selepas memotong reben merah.

Beliau turut bersama-sama pekerja dalam bertepuk tangan kepada 30 pemandu pertama memandu kereta baharu mereka.

Pembukaan kilang itu melalui proses kelulusan dan pembinaan dua tahun yang sukar.

Tesla menghadapi beberapa halangan pentadbiran dan undang-undang, termasuk aduan penduduk tempatan tentang kesan alam sekitar.

Tesla akhirnya mendapat persetujuan rasmi setelah memulakan pembinaan atas risiko sendiri.

Pihak berkuasa serantau memberi persetujuan rasmi untuk mereka memulakan pengeluaran awal bulan ini.

‘Gigafactory’ di Gruenheide, di negeri timur Jerman Brandenburg menjadi tapak pengeluaran pertama Tesla di Eropah.

Pegawai tempatan berharap kilang itu akan membantu wilayah itu menjadi hab untuk pengeluaran kenderaan elektrik.

Tesla, syarikat dari California, Amerika Syarikat membuat sasaran menggaji kira-kira 12,000 pekerja di tapak yang akan menghasilkan kira-kira 500,000 kereta kompak, Model Y pada setiap tahun,

“Kami amat yakin dunia boleh beralih kepada masa depan melalui tenaga yang mampan dengan gabungan solar, angin, serta penyimpanan bateri dan kenderaan elektrik.

“Saya benar-benar ingin memberi jaminan kepada semua orang, anda boleh mempunyai harapan pada masa hadapan dan anda sepatutnya mempunyai harapan pada masa hadapan,” kata Musk pada majlis itu.

Ketibaan Tesla bakal memberi saingan sengit industri kereta utama Jerman, seperti Volkswagen, BMW dan Mercedes-Benz.

Peralihan daripada enjin tradisional kepada kenderaan elektrik yang lebih bersih  telah mula dilakukan oleh syarikat Jerman.- AFP

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply