Hissein Brahim Taha, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengecam penindasan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin serta serangan di Baitulmaqdis.

penindasan palestin

Katanya, isu Palestin menjadi tumpuan utama pertubuhan itu dan menuntut Israel menamatkan dasar mengenai penempatan haram dan “meyahudikan” Baitulmaqdis.

Tambahan, isu serangan tanpa henti ke atas pusat tumpuan umat Islam termasuk Masjid Al Aqsa turut disertakan dalam perbicangan tersebut.

Dakwanya lagi, rejim zionis itu melakukan pembunuhan, merampas tanah, melakukan penahanan sewenang-wenangnya, aparteid serta pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin.

“Perbuatan haram ini secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa yang berkaitan, perjanjian dan resolusi,” katanya ketika berucap pada sesi ke-48 Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC di Islamabad.

Beliau menyeru anggota OIC memperkukuh semangat perpaduan dan bersama-sama menentang jenayah serta serangan Israel terhadap rakyat Palestin yang masih tiada kesudahannya.

Beliau turut menyentuh mengenai beberapa isu antarabangsa, antaranya ialah krisis Rohingya, Jammu dan Kashmir serta krisis peperangan di Yaman dan Ukraine.

Katanya, berhubung isu Jammu dan Kashmir, OIC turut mengkritik pemansuhan India terhadap status autonomi terhad di wilayah majoriti Muslim.

Isu tersebut turut dibangkitkan oleh Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan Menteri Luarnya Shah Mahmood Qureshi dalam ucapan mereka.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply