Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Thailand Gugurkan Ganja Dari Senarai Bahan Terlarang, Ini Respon PBB | BANGKOK – Kerajaan Thailand perlu mengemukakan alasan kukuh kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung tindakannya menggugurkan tumbuhan ganja daripada senarai bahan narkotik, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.

Penasihat Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB), Viroj Sumyai berkata, PBB juga akan meneliti draf undang-undang berkaitan ganja yang digariskan oleh Thailand.

Sekiranya, ia didapati melanggar Konvensyen 1961 mengenai narkotik, Thailand perlu memperbetulkan keadaan tersebut dan membuat laporan semula.

“Jika langkah-langkah ini tidak dilaksanakan, INCB akan mendapatkan resolusi daripada Perhimpunan Agung PBB.

“Sekiranya didapati kawasan penanaman ganja di Thailand boleh membawa kepada kegiatan perdagangan haram narkotik, PBB akan mengumumkan perkara tersebut di hadapan Majlis Ekonomi dan Sosial.

“Seluruh dunia akan dimaklumkan menerusi laporan tahunan bahawa Thailand telah melanggar perjanjian narkotik antarabangsa,” jelas Viroj.

Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang menggugurkan tanaman ganja daripada senarai narkotik Kategori 5 susulan pengumuman Kementerian Kesihatan Awam seperti yang dilaporkan akhbar Royal Gazette.

Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) dalam pada itu turut mengakui bahawa terdapat kebimbangan mengenai kesan buruk akibat dasar tersebut. Thailand merupakan salah sebuah negara yang memeterai perjanjian berkaitan narkotik pada 1961.

Di bawah perjanjian itu, ganja diklasifikasikan sebagai bahan terlarang, namun penggunaannya dibenarkan bagi tujuan perubatan dan berada di bawah pengawasan pihak berkuasa.

Meskipun dasar membenarkan penggunaan ganja adalah untuk tujuan perubatan dan kajian, rang undang-undang mengenainya masih belum diluluskan.

“Disebabkan rang undang-undang itu masih belum diluluskan, Kementerian Luar Thai bimbang kerana ia perlu menjelaskan perkara itu kepada INCB dan negara-negara Asia Tenggara lain.

“Terdapat juga persoalan berbangkit mengenai bagaimana untuk menghalang kemasukan ganja dari Thailand ke negara-negara jirannya serta impak daripada dasar tersebut,” kata NCB.

Bermula Khamis lalu, rakyat Thailand dibenarkan menanam pokok ganja di rumah mereka, manakala lebih 564,000 individu telah mendaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat bagi menanam tumbuhan itu.

Tidak lama lagi, Jabatan Pertanian akan mula mengedarkan kira-kira sejuta pokok ganja kepada 500,000 isi rumah yang berminat bagi menggalakkan penanaman ganja dalam kalangan rakyatnya.

SUMBER : Kosmo!

Share.

Leave A Reply