“Tiada Sambutan Aidilfitri Di Mesir”, Ujar Mostafa Madbouli | Mesir dilaporkan tidak akan menyambut perayaan aidilfitri selain pusat membeli belah serta restoran berikutan arahan penutupan oleh Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouli yang bermula sejak semalam dan ditutup bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara tersebut.

"Tiada Sambutan Aidilfitri Di Mesir", Ujar Mostafa Madbouli

Mesir kini dikatakan sedang berdepan gelombang ketiga Pandemik Covid-19 serta menggesa supaya orang awam terutamanya rakyat Mesir untuk sentiasa mengikuti garis panduan kesihatan serta segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin.

Kes Covid-19 bagi negara Mesir telah merekodkan hampir 232,000 kes positif dan telah mencatatkan sebanyak 13,000 kematian selain menyifatkan negara tersebut sedang berada dalam tahap yang kritikal.

Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa cuti Aidilfitri bakal disambut pada 12 April hingga 16 Mei namun dilaporkan pantai, taman dan kemudahan rekreasi akan ditutup sepanjang cuti lima hari terbabit. Aktiviti melibatkan orang ramai seperti konsert, majlis besar-besaran seperti acara perkahwinan tidak akan dibenarkan.

Namun begitu, bagi pelaksanaan solat aidilfitri, umat islam masih dapat meneruskannya namun hanya dibenarkan untuk masjid-masjid yang terpilih.

Sementara itu, kira-kira 1.7 juta individu telah dikompaun sejak beberapa bulan yang lalu akibat tidak mematuhi SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka selain ratusan kelengkapan shisha dikatakan turut dirampas pihak berkuasa tempatan.

Mesir dijangka bakal menerima vaksin sejumlah 4.9 juta dos vaksin bagi Covid-19 bagi bulan ini.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply