Tidak Mahu Balas Dendam, Semua Rakyat Afghanistan ‘Diampuni’-Taliban | Taliban dalam satu kenyataan baru-baru ini mengatakan mereka tidak mahu “membalas dendam” terhadap penentang dan bahawasanya semua orang akan “dimaafkan”, semasa sidang media pertama yang diadakan oleh kumpulan Islam garis keras sejak berkuasa di Kabul pada hari Ahad menurut laporan media tempatan.

Tidak Mahu Balas Dendam, Semua Rakyat Afghanistan 'Diampuni'-Taliban

 Kumpulan tersebut menambah bahawa mereka tidak mencari “musuh dalaman atau luaran”, jurucakap mereka Zabihullah Mujahid memberitahu wartawan yang diundang ke pusat media yang digunakan oleh bekas pemerintah Afghanistan bahawa kumpulan itu ingin “mengucapkan tahniah kepada negara [Afghanistan] atas kemenangannya.

Zabihullah Mujahid meyakinkan bahawa mereka tidak akan pergi ke pintu mereka untuk bertanya mengapa mereka membantu penguasa terdahulu walaupun terdapat laporan dari berbagai bahagian negara bahawa pejuang Taliban melakukan hal terbabit. Dia justeru mendorong orang yang melarikan diri ke lapangan terbang untuk bersama keluarga dan kembali ke rumah masing-masing.

Mujahid menambahkan janji yang samar-samar untuk menghormati hak-hak wanita dan membiarkan mereka bekerja, tetapi dalam tafsiran kumpulan itu mengenai undang-undang Islam, dia mengatakan media swasta akan dibenarkan untuk “kekal bebas” jika wartawan “tidak bertentangan dengan nilai-nilai nasional”.

Terdapat serangkaian jaminan yang ditujukan kepada masyarakat antarabangsa, termasuk janji untuk mengakhiri perdagangan narkotik dari Afghanistan dan untuk mencegah negara itu dijadikan pangkalan oleh kumpulan pengganas untuk menyerang negara lain.

Sebelumnya Jerman mengumumkan telah menghentikan bantuan pembangunan ke Afghanistan atas pengambilalihan Taliban. Bantuan sebegitu merupakan sumber pendanaan yang sangat penting bagi negara itu, dan usaha Taliban untuk menukar versi mereka kepada yang lebih ‘ringan’ mungkin bertujuan untuk memastikan wang terus mengalir.

Kabul tetap sepi sejak hari Selasa selepas terdapat tuduhan bahawa pejuang dari pihak pemberontak telah menyusun daftar orang yang telah bekerjasama dengan pemerintah dan meminta mereka keluar.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan akan menghakimi Taliban dengan tindakan mereka di mahkamah antarabangsa bagi melihat apa yang sebenarnya berlaku dan menurutnya, kita perlu melihat tindakan di atas janji yang telah dibuat sama ada ditepati atau sebaliknya.

Walaupun nada Taliban kelihatan ’emosi’ namun, sebagai tanda berjaga-jaga akan bahaya yang akan datang, Nato memberi amaran pada hari Selasa bahawa pakatan itu mengekalkan kekuatan tentera untuk menyerang dari jarak jauh sekiranya Taliban menjadi tuan rumah kumpulan pengganas.

Sumber: The Guardian

Share.

Leave A Reply