Tidak Sedar Isteri Tertinggal Sejauh 150km | Seorang suami di Thailand melakukan kesalahan ‘besar’ apabila meninggalkan isterinya lebih 150 kilometer (km) selepas berhenti membuang air kecil di tepi jalan.
Kejadian berlaku ketika Boontom Chaimoon, 55, dan isterinya, Amnuay Chaimoon dalam perjalanan pulang ke Maha Sarakham dari Bangkok selepas bercuti sempena Hari Natal lalu.
India Times melaporkan percutian pasangan itu berjalan lancar hinggalah mereka nekad pulang untuk menyambut tahun baharu di rumah dan bergerak pada jam 3 pagi.
ketika perjalanan itu, Boontom tiba-tiba berasa mahu kencing dan memberhentikan keretanya di tepi jalan, namun dia tidak sedar isterinya turut keluar dari kereta itu dan ke hutan berhampiran untuk ‘urusan sama’.
Sebelum itu, Amnuay mempersoalkan tindakan suaminya berhenti di tepi jalan sedangkan boleh berhenti di stesen minyak untuk ke tandas.
Selepas selesai, Boontom kemudian memasuki kereta dan memandu pulang tanpa sedar isterinya sudah tiada di tempat duduk penumpang.
Amnuay yang terkejut melihat kereta suaminya hilang kemudian berjalan di dalam gelap untuk mendapatkan bantuan hinggalah pada jam 5 pagi, dia tiba di Kabin Buri, tenggara Thailand yang sejauh 20km serta meminta tolong pihak berkuasa.
Dia yang tertinggal telefon bimbit di dalam kereta itu hanya berjaya menghubungi suaminya pada jam 8 pagi dengan bantuan polis.
Ketika itu, Boontom masih tidak sedar isterinya ‘tercicir’ dan dia sejauh 159.6km.
Amnuay berkata, mereka tidak bertengkar ketika suaminya datang menjemputnya walaupun kecuaian lelaki itu melampau.
Dalam laporan New York Post, wanita itu memberitahu sudah berkahwin dengan suaminya selama 27 tahun dan mereka dikurnia seorang anak lelaki yang berusia 26 tahun.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Tertinggal Anak Ketika Curi Motosikal.
Tertinggal Anak Ketika Curi Motosikal. | JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang lelaki yang tertinggal anaknya ketika mencuri sebuah motosikal di tepi jalan, lapor laman berita Suara.com.
Video berkenaan dimuat naik di akaun Instagram @terang_media. Kejadian itu dikatakan berlaku di sebatang jalan di Pematang Siantar, Sumatera Utara.
Rakaman memaparkan seorang lelaki bersama anak perempuannya sedang berjalan di tepi sebatang jalan yang agak sesak.
Lelaki itu kemudian meluru ke arah sebuah motosikal yang ditinggalkan di tepi jalan lalu membawanya pergi. Dia bagaimanapun meninggalkan anak perempuannya tanpa disedari.
Kanak-kanak itu kelihatan keliru melihat aksi bapanya lalu cuba menaiki motosikal namun, dia ditinggalkan begitu sahaja.
“Menurut keterangan kanak-kanak yang ditinggalkan, pelaku ialah bapanya dan rumah mereka terletak 200 meter dari lokasi kejadian,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Seorang lelaki lain dilihat cuba mengejar pencuri yang melarikan motosikalnya, namun gagal. Budak malang yang ditinggalkan itu dibawa masuk ke dalam salah sebuah rumah penduduk dan disoal siasat.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kasihan anaknya,” kata seorang netizen.
“Semoga anaknya tidak meniru bapanya menjadi pencuri,” komen netizen lain. – Agensi
Sumber : Kosmo!
Kad ATM Tertinggal Atas Menu, Wanita Belakang ‘Kantoi’ Guna Beli Burger
Kad ATM Tertinggal Atas Menu, Wanita Belakang ‘Kantoi’ Guna Beli Burger | Seorang wanita ‘kantoi’ menggunakan kad ATM milik seorang lelaki dipercayai tertinggal kad berkenaan atas menu di sebuah kedai burger di Stadium Sultan Ibrahim semalam.
Menurut lelaki berkenaan, sebelum kejadian, wanita bertudung biru itu beratur di belakangnya bersama seorang lelaki yang sedang mendukung bayi.
“Semalam saya makan di WoodFire di Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan Persahabatan Johor Darul Takzim dan Persis Solo.
“Saya memakai baju putih dan kad debit tertinggal di atas menu.
“Pencuri (wanita bertudung biru) selamba menggunakan kad debit saya yang tertinggal untuk beli burger,” katanya di laman Twitter.
Difahamkan, kad yang dicuri oleh wanita itu turut digunakan untuk pembelian yang lain sebelum dia sempat menyekat kad debit tersebut.
Pada masa sama, dia juga meminta orang ramai menghubunginya jika mengenali pencuri wanita dan lelaki yang bersamanya.
Sumber : Kosmo