Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Tiga Bulan Catu Makanan Hanya Bergantung Lauk Telur Dan Kicap | Tiga bulan terpaksa mencatu makanan kerana kesempitan wang antara kesusahan yang terpaksa ditanggung tujuh beranak dari keluarga asnaf yang tinggal di sebuah pangsapuri di Presint 9, Putrajaya. Sepanjang tempoh tersebut mereka hanya bergantung lauk telur dan kicap sahaja untuk mengisi perut.

Putrajaya: Ujian yang menimpa mereka itu bermula sebaik sahaja selepas si suami kehilangan kerja dan disahkan menhadapi masalah kesihatan mental, manakala si isteri terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja memberi sepenuh perhatian dan komitmen kepada  keluarganya.

Anal Amzah, 47, berkata suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kementerian di sini tetapi dia terpaksa berhenti kerja ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya. Jelasnya lagi, pada permulaannya suaminya hanya mengadu sakit kepala dan kurang sihat sekaligus terpaksa mengambil cuti setiap minggu kerana tidak dapat fokus pada pekerjaannya.

“Lebih menyedihkan, dia pernah berkelakuan seperti orang lain dan menjadi agresif. Kami membawanya ke Hospital Putrajaya dan doktor mengesahkan suami menghidap masalah kesihatan mental serta memerlukan rawatan,” katanya ketika ditemui Kosmo di sini semalam.

Anal berkata, doktor meminta suaminya melakukan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Kuala Lumpur berikutan terdapat tumor yang disyaki memberi kesan kepada kesihatan mental suaminya. Anal yang sebelum ini pernah bekerja sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), namun dia terpaksa berhenti kerja untuk memberi pemantauan kepada suaminya yang dikatakan pernah tidak pulang ke rumah kerana terlupa.

Wanita tabah itu berkata, selain dia dan suaminya, lima lagi anaknya yang berusia antara sembilan hingga 20 tahun turut tinggal bersamanya di rumah itu.

“Anak sulung perempuan sudah bekerja, manakala anak ke­dua lelaki baharu sahaja mendapat pekerjaan dua hari lepas, jadi mereka yang membantu dari segi perbelanjaan di rumah.

“Anak bongsu lelaki saya dika­tegorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran,” katanya.

Menurut Anal, dia sendiri pernah disahkan OKU kerana masalah saraf yang dihadapinya selepas terlibat dalam kemalangan pada tahun 2014 sebelum kembali pulih sejak beberapa tahun lalu.

“Ekoran masalah itu, saya te­lah menerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Elaun Pekerja Cacat (EPC) selain bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM550,” katanya.

Enggan terlalu bergantung kepada ihsan orang ramai, Anal ketika ini giat menjual popia bersalut coklat serta merancang untuk menerima tempahan biskut atau kek bagi menampung keperluan keluarganya.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply