Tiga Kanak-Kanak Antara Mangsa Maut Serangan Di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Brazil | Suasana bertukar pilu selepas berlaku satu serangan di pusat jagaan menyebabkan tiga kanak-kanak beserta dua orang pekerja dilaporkan meninggal akibat ditikam oleh seorang remaja di Saudades, selatan Brazil di sini, baru-baru ini.

Tiga Kanak-Kanak Antara Mangsa Maut Serangan Di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Brazil

Seorang guru beserta pembantu pendidik dikatakan mengalami kecederaan parah akibat luka tikaman yang dalam sebelum mereka dilaporkan meninggal di tempat kejadian berikutan serangan terbabit.

Serangan telah berlaku kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan selepas seorang remaja dipercayai berusia 14 tahun memasuki pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia bertindak menyerang kanak-kanak serta orang dewasa yang berada di tempat kejadian.

Polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa serangan. Jurucakap polis memberitahu bahawa mereka telah berjaya menahan suspek yang ketika itu sedang mencederakan dirinya selepas membuat serangan kepada beberapa orang di pusat jagaan tersebut.

Mangsa-mangsa kejadian termasuk kanak-kanak serta pekerja di pusat jagaan yang trauma akibat insiden tersebut telah dikerjakan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Suasana di lokasi kejadian menjadi sayu kerana ibu bapa kepada kanak-kanak yang maut tidak dapat menyembunyikan kesedihan mereka berikutan kejadian yang menimpa serta berasa marah terhadap tindakan suspek yang tidak berhati perut itu.

Kes tersebut dikatakan masih dalam siasatan polis bagi mengetahui punca sebenar serangan yang berlaku.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply