Wanita Tak Sangka Peragut Yang Meragutnya Ternyata Suami Sendiri

| May 4, 2021 | 0 Comments

Wanita Tak Sangka Peragut Yang Meragutnya Ternyata Suami Sendiri | Kes ragut bukanlah satu kes jenayah yang baru malah terdapat banyak kes sehinggakan ada yang melibatkan nyawa. Kebiasaannya kes ragut akan dilakukan oleh peragut terhadap orang yang tidak dikenali namun berbeza buat wanita ini apabila lelaki yang telah meragutnya ternyata suaminya sendiri.

Wanita Tak Sangka Peragut Yang Meragutnya Ternyata Suami Sendiri

Seorang lelaki berusia 38 tahun telah ditahan kerana telah melakukan jenayah ragut dan yang lebih mengejutkan wanita yang menjadi mangsa ragut lelaki terbabit ternyata merupakan isteri kepada lelaki berkenaan.

Peristiwa itu bermula ketika mangsa sedang menunggang motosikal di Jalan Sultan Hasanuddin, Kelurahan Bintarore, Kecamatan Ujung Bulu, Bulukumba sebelum suspek bertindak memintas dan menghalangnya setelah suspek secara senyap-senyap mengikuti mangsa dari belakang.

Suspek kemudiannya bertindak menarik rambut serta mengambil telefon dan motosikal mangsa.

Menurut laporan, suspek kemudian ditahan oleh pihak polis Bulukumba pada 2 Mei yang lalu di Jalan Melati, Kecamatan Ujung Bulu, Kabupaten Bulukumba.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bulukumba, AKP Bayu Wicaksono Febrianto mengatakan, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis menunjukkan bahawa mangsa terbabit merupakan isteri sah kepada suspek.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bulukumba untuk siasatan lanjut.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana dia merasa kesal dengan isterinya kerana tidak lagi mahu tinggal bersama dengannya di Kabupaten Sinjai dan pasangan ini turut mengakui bahawa hubungan mereka sudah tidak baik.

Sumber: Siakap Keli, Dream.Id

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *