Umat Islam Di Perlis Kembali Memeriahkan Suasana Masjid | Khalifah Media Networks – Walaupun belum ada tanda-tanda wabak Covid-19 akan berakhir dalam masa terdekat ini, namun umat Islam di negeri Perlis telah mula kembali bagi mengimarahkan masjid pada 10 malam terakhir Ramadan.

Umat Islam Di Perlis Kembali Memeriahkan Suasana Masjid

Bagi rakyat negeri Perlis, suasana pada tahun ini ternyata berbeza pada tahun lalu. Apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah membenarkan orang ramai. Bagi menunaikan ibadat Qiyamullail dan beriktikaf di masjid. Bermula pada jam 3 pagi pada 10 malam terakhir Ramadan, dengan syarat melakukan penjarakan fizikal sebanyak lima meter.

Tinjauan daripada Bernama mendapati, kebanyakan masjid di negeri ini telah mengadakan program Qiyamullail. Dengan pengisian doa, membaca al-Quran dan berakhir dengan solat tahajud secara berjemaah, serta makan sahur bersama sejak Ahad lalu.

Kelonggaran yang telah diberikan oleh MAIPs telah membuka peluang kepada umat Islam untuk melepaskan kerinduan. Dengan melakukan ibadah itu apabila tidak dapat mengimarahkan masjid pada tahun lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikutan yang telah dikuatkuasakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Solat Jemaah

Sementara itu, ada juga masjid yang menggunakan imam sendiri dan imam jemputan dari dalam Perlis sendiri untuk mengetuai solat jemaah yang membabitkan lapan rakaat dengan setiap rakaat membaca satu muka surat ayat suci al-Quran.

Dalam pada itu, Bernama dimaklumkan semua masjid di negeri Perlis itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, penjarakan antara seorang jemaah dengan jemaah yang lain di tempat solat juga dipatuhi. Selain menulis nama dan nombor telefon jemaah atau imbas kod Mysejahtera dan bacaan suhu.

Di negeri Perlis, terdapat lebih 100 masjid, yang secara tidak langsung menampakkan lagi suasana ceria di kawasan masjid dengan cahaya lampu seawal pagi melalui aktiiviti ihya masjid berkenaan.

Justeru itu, umat Islam digalakkan mengadakan program Qiyamullail pada 10 malam akhir Ramadan untuk mencari malam lailatulqadar, yang hikmahnya lebih baik dari 1,000 bulan.

Sumber: Berita Harian

 

Share.

Leave A Reply