Tips: Barang Wajib Ada Dalam Rumah Ketika Kecemasan

| August 9, 2020 | 0 Comments

Tips: Barang Wajib Ada Dalam Rumah Ketika Kecemasan | Kecemasan boleh berlaku dimana-mana  dan bila-bila masa sahaja. Adakah anda bersedia untuk menghadapi kecemasan yang boleh berlaku dengan tiba-tiba. Apakah persediaan anda untuk menghadapi nya?

Antara persediaan yang anda boleh sediakan sekiranya menghadapi kecemasan:

Kotak kecemasan

Kotak kecemasan merupakan antara kelengkapan paling asas di rumah. Ia tidak termasuk dalam pakej pembelian rumah tetapi boleh dibeli di mana-mana farmasi atau kedai perkakasan rumah. Kotak kecemasan selalunya mengandungi ubat-ubatan asas dan peralatan seperti penyepit, kapas, dan pembalut luka. Letakkan di tempat yang mudah dicapai oleh orang dewasa dan paling penting, tempat yang mudah diingat. Jangan pula ketika berlaku kecemasan anda lupa di mana letaknya peti kecemasan.Nota: Jika tiada kotak kecemasan di rumah, kereta anda selalunya dibekalkan dengan kotak kecemasannya sendiri. Gunakan sebaik mungkin.

Makanan dan bahan masak asas

Bersedialah untuk sebarang kemungkinan. Kecemasan tidak semestinya hanya becana alam, ia juga boleh berlaku akibat pandemik atau penyakit yang boleh menyebabkan kecemasan. Dalam keadaan ini, anda haruslah bersedia dengan makanan yang boleh disimpan untuk jangka masa paling kurang sebulan.

Bahan-bahan seperti beras, telur, daging, mi segera dan tidak kurang juga bahan-bahan masakan asas lain untuk memasak seperti minyak, bahan tumis, bawang dan macam-macam lain. Untuk lebih mudah, dapatkan bahan masak yang telah siap dipaket seperti serbuk kari, pes masakan dan sebagainya.

Jika anda memasak menggunakan tong gas, pastikan anda juga mempunyai dapur mudah alih yang menggunakan gas dalam bentuk silinder tin yang sangatlah membantu jika berlaku sebarang kehabisan gas dan ia juga mudah dibawa kemana-mana sekiranya keadaan memaksa.

Mancis dan lilin

Tips yang klasik dan berguna ketika kecemasan. Terputus bekalan eletrik waktu malam pasti menyukarkan. Selain daripada kipas dan penghawa dingin yang tidak berfungsi, anda juga sukar untuk melihat. Ini mengundang bahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan. Simpan stok mancis dan lilin untuk kegunaan ketika berlaku kecemasan. Mungkin zaman kini situasi ini boleh diatasi dengan lampu telefon bimbit anda, tetapi ia juga menggunakan kuasa bateri yang tidak tahan lama. Simpan mancis dan lilin di tempat yang sukar dicapai oleh anak-anak kecil.Nota: Jangan gunakan mancis dan lilin ini untuk kegunaan menyambut hari ulang tahun ya, lain pula jadinya nanti.

Botol atau bekas air besar

Buat warga kota, masalah bekalan air terputus berlaku hampir setiap tahun dan sangat menggugat kehidupan seharian. Bayangkan jika berlaku kecemasan dan anda tidak mempunyai sebarang simpanan air. Jadi, apa kata sediakan payung sebelum hujan dan beli tong, botol atau bekas air yang bersaiz medium atau besar. Jika kawasan anda kerap dilanda masalah kekurangan air, pastikan anda mengisi air.

Ketika tidak digunakan, kosongkan botol, tong dan bekas air ini untuk mengelakkan perkara tidak diingini seperti pembiakan nyamuk. Air yang disimpan ini bukan sekadar untuk diminum, malah boleh digunakan jika berlaku kecemasan seperti kebakaran kecil dan untuk membersihkan luka.

Bekas kalis air atau api

Anda tidak akan sedar betapa pentingnya bekas ini selagi tidak berlaku kecemasan seperti banjir. Sama ada dalam bentuk bekas, fail atau kotak, ia sangat berguna ketika bencana. Mungkin anda tidak menyimpan kad pengenalan atau lesen di dalam bekas ini, tetapi sijil lahir, geran tanah dan geran kenderaan yang berpotensi musnah dalam banjir boleh diselamatkan. Ketika kecemasan, kita pasti terlupa dan akan menyelamatkan nyawa terlebih dahulu, namun setidak-tidaknya kita telah bersedia.

 

Sumber: iProperty

 

 

Tags: , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *