TIPS: Bina Kitchen Garden Sendiri untuk Newbie

| July 6, 2020 | 0 Comments

TIPS: Bina Kitchen Garden Sendiri untuk Newbie | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Zaman sekarang ni, dah semakin ramai yang berminat untuk berkebun sendiri. Dah ramai yang berjinak-jinak mengenal jenis-jenis tanaman seperti sayur dan bunga. Kali ini min nak kongsikan kepada anda bagaimana nak bina ‘garden’ anda sendiri. Kepada anda yang baru nak berjinak-jinak, anda boleh ikuti tips yang min kongsikan ini.

  1. Kenal pasti tempat yang sesuai untuk membina ‘edible garden’. Tidak semestinya ruang yang diperuntukkan untuk membinanya perlu besar. Yang penting ia mudah untuk dicapai dan berhampiran dengan ‘water tap’ untuk memudahkan penyiraman.
  2. Tempat yang bakal dipilih perlulah mempunyai pengamatan cahaya sekurang-kurangnya lapan jam untuk tumbuhan jenis berbuah dan empat jam yang berdaun.
  3. Lakar sebuah pelan reka bentuk untuk mudah mengenal pasti jenis dan kuantiti tanaman yang boleh ditanam. Ini penting untuk memastikan tumbuhan dapat membesar dengan sihat dan rapi. Jika tumbuhan yang disemai tumbuh terlalu rapat, ia akan menyebabkan tumbuhan tersebut terbantut.
  4. Tanam tumbuhan bercampur untuk memberi kepelbagaian terhadap ‘edible garden’. Kawal penanaman tumbuhan yang cepat untuk di tuai seperti bayam, kangkong, sawi dan sebagainya untuk mengelak dari berlakunya lambakan.
  5. Pastikan tumbuhan kegemaran di tanam terlebih dahulu. Ada antara pemilik gemar menanam tumbuhan yang kelihatan cantik dan menarik. Ini akan menyebabkan lambakkan tumbuhan yang tidak dimakan hingga memberi masalah untuk melakukan penyemaian benih tumbuhan lain.
  6. Untuk ruang sempit, pilih bekas atau pasu yang ringan untuk memudahkan penyelenggaraan. Bahan terbuang seperti botol plastik, kotak kayu dan sebagainya boleh digunakan sebagai bekas tanaman.
  7. ‘Edible garden’ memerlukan penyelenggaraan yang kerap untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Ia perlu dilakukan setiap hari untuk memastikan tiada serangan penyakit datu serangga yang terdapat di dalam kebun.
  8. Tumbuhan perlu di siram pada awal pagi dan lewat petang. Untuk mereka yang tidak mempunyai masa terluang utuk melakukannya, sediakan sebuah sistem penyiraman automatic untuk memastikan tumbuhan sentiasa mendapat keperluannya.
  9. Siraman perlu dilakukan terus ke permukaan tanah. Jika di siram di atas daun, ini akan menyebabkan air bertakung dan boleh melemahkan daun.
  10. Gunakan semua sisa dapur seperti kulit telur, sayuran yang telah rosak, serbuk kopi atau teh yang telah digunakan dan sebagainya sebagai baja organik.

Min harap dengan adanya tips ini, tanaman anda yang anda usahakan akan kekal subur dan anda dapat menikmati hasilnya.

Sumber: Impiana

Tags: , , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *