Tips Kepada Yang Susah Bangun Pagi | Waktu pagi adalah waktu yang paling menenangkan dimana dunia terasa sangat aman dan damai. Waktu pagi juga adalah waktu turun rahmat dan ALLAH bukakan pintu rezeki.
Namun masih ramai lagi dalam kalangan kita yang susah untuk bangun awal pagi. Ada yang masih terlewat ke tempat kerja walaupun jam penggera telah ditetapkan dengan bunyi maksima. Bukan hanya penggera yang penting untuk bangun awal, tetapi gaya hidup kita juga memainkan peranan.
1. Elakkan pengambilan kopi selepas jam 2 petang
Hanya minum kopi kegemaran anda diwaktu pagi.Pengambilan kafein akan menggangu proses tidur sehingga lebih daripada enam jam selepas anda menimunya, walaupun anda tidak terperasan perkara ini.Untuk hadkan kebarangkalian gangguan terhadap tidur, maka hadkan pengambilan minuman selepas jam 2 petang.
2. Tetapkan penggera waktu untuk tidur
Jangan melengahkan tidur.Untuk bangun awal, waktu tidur juga mesti awal.Cara terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan diri kita bahawa sudah sampai masa untuk merehatkan diri.
3. Wujudkan sebab untuk bangun awal pagi
Wujudkan sesuatu perkara yang perlu anda selesaikan sebagai motivasi tambahan untuk bangun pagi. Contohnya membuat final touch untuk presentation/ assignment, atau memasak untuk keluarga, membantu isteri menyiapkan anak atau sebagainya.
4. Sentiasa konsisten (istiqamah)
Pastikan rutin yang kita lakukan diatas sentiasa konsisten, walaupun pada hari hujung minggu Jangan bersusah payah memaksa diri kita bangun seawal mungkin pada hari kerja, tetapi sayangnya membiarkan diri kita mengikut nafsu tidur pada hari hujung minggu, lantas menjadikan usaha kita selama ini sia-sia.
5. Lakukan perubahan langkah demi langkah
Ambil masa anda untuk menukar perlahan-lahan jadual waktu tidur dan waktu bangun anda. Anda tidak boleh bertukar secara drastik dari jenis ‘burung hantu’ kepada burung yang berkicauan diawal pagi dalam masa hanya satu malam. Ia agak mustahil kerana otak kita mengambil masa untuk diprogramkan semula. Oleh itu secara berkala, ubah waktu bangun kita 15 minit lebih awal. InsyaaAllah secara beransur-ansur anda akan menjadi orang yang bangun awal pagi dalam tempoh satu bulan. Yang penting adalah kita dapat membina momentum terlebih dahulu.
Sumber: MARYAM KHADIJAH