Tips Nak Elak Kipas Berhabuk. Gunalah 2 Bahan Rahsia Ini. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – “Bengangnya rasa… Kipas ni baru bersihkan hari tu, ni tak sampai seminggu dah berhabuk semula.” bersih.

Bersih

Mesti ramai yang mengalami masalah begini kan? Kipas angin di rumah senang sangat perangkap habuk. Leceh nak bersihkan selalu. Yalah, nak buka satu-satu memang ambil masa.bersih

TIPS BERSIH KIPAS

Bagi mereka yang mementingkan kebersihan, kewujudan habuk pada bilah-bilah kipas pastinya merupakan sebuah pemandangan yang menyakitkan mata. Tips kali ni kami nak kongsikan kepada anda ialah untuk menghindarkan kipas anda dari melekat dengan habuk dan bahan-bahan yang digunakan untuk tips ini sangat mudah didapati.bersih

Sebenarnya ada cara yang mudah yang boleh anda cuba supaya habuk tak mudah melekat pada bilah dan jaring kipas.

Jangan tak percaya, hanya perlu gunakan 2 bahan yang murah dan mudah didapati iaitu – pelembut fabrik dan cuka makan!

Caranya:

1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.

2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.

3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.

4.Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.

5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.

6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!

7.Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali.Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.Hu2

Senangkan? Korang ada tips lain tak untuk bersihkan habuk pada kipas ni?? Kot la korang ada bahan-bahan lain yang boleh cuci kipas hingga menjadi bersih dan tidak berhabuk. jangan malu untuk kongsikan kepada kami.

Kalau tak percaya, cubalah dulu dan tengok hasilnya. Memang mudah, hanya guna 2 bahan yang biasa ada di setiap rumah. Kos pun murah, tak perlu beli sabun atau pencuci mahal-mahal.

Apapun, yang penting perlulah utamakan kebersihan supaya kita tak mudah terkena penyakit dan alahan, terutamanya rumah yang ada anak kecil. Kebersihan itu separuh daripada iman.

Share.

Leave A Reply