Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan pemimpin politik sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang yang mendiamkan diri berhubung isu penderaan Bella.
Baginda dalam satu kenyataan di laman sosial Instagram miliknya turut mempersoalkan sama ada golongan berkenaan mempunyai kaitan dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31.
“Berkenaan kes Bella. Mana pergi semua ahli politik yang so called pro human rights ni semua? Senyap je.
“Ada apa-apa kaitan dengan Rumah Bonda ke?,” soalnya.
Tunku Ismail turut mengutarakan persoalan adakah rumah penjagaan itu terlibat dalam apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang negara apabila dilihat terlalu kebal.
“Adakah beberapa rumah ini semua digunakan pihak-pihak tertentu untuk pengubahan wang haram dan pemerdagangan manusia? Dua dua belah senyap,” soalnya.
Baginda turut menamatkan posting berkenaan dengan tanda #justiceforbella.
Sumber: Kosmo