Tragedi Hari Bahagia, Pengantin Lelaki Patah Tulang Belakang Selepas ‘Dilambung’ Rakan-Rakan

| September 22, 2021 | 0 Comments

Tragedi Hari Bahagia, Pengantin Lelaki Patah Tulang Belakang Selepas ‘Dilambung’ Rakan-Rakan | Hari bahagian pasangan pengantin ini berubah tragedi selepas pengantin lelaki dilaporkan telah mengalami kecederaan patah tulang belakang akibat dilambung oleh rakan-rakan ketika majlis resepsi hari perkahwinannya baru-baru ini.

Tragedi Hari Bahagia, Pengantin Lelaki Patah Tulang Belakang Selepas 'Dilambung' Rakan-Rakan

Detik cemas itu berjaya dirakam oleh beberapa pengunjung majlis terbabit ketika pengantin perempuan sedang menari dengan gembiranya sebelum kemalangan yang membabitkan suaminya bernama Liviu Filimon berlaku beberapa saat kemudian.

Pengantin perempuan dilaporkan sempat berpaling ke arah kumpulan rakan-rakan suaminya semasa mereka sedang melemparkan Filimon ke udara sebelum cuba untuk menangkapnya semula.

Namun begitu, semasa lambungan kedua, rakan-rakannya gagal menyambut Filimon lalu menyebabkan dia telah terjatuh dan kepalanya terhempas ke lantai terlebih dahulu.

Pengantin perempuan yang terkejut akan insiden tersebut bertindak meluru ke arah suaminya sebelum video tersebut berakhir.

Menurut laporan Daily Mail, keadaan Filimon bertambah buruk selepas rakan-rakannya bertindak mengangkatnya dan meletakkan di kerusi sebelum pasukan paramedik tiba di tempat kejadian.

Insiden tersebut dikatakan berlaku di majlis perkahwinan yang diadakan di dewan acara Castello di resort Baile Felix, Romania pada Jumaat malam.

Pengantin lelaki tersebut berasal dari daerah Bihor di barat laut negara itu, dilaporkan sedang dirawat kerana patah tulang belakang di Emergency County Hospital di Oradea berikutan kejadian itu.

Menurut laporan media tempatan, majlis perkahwinan tersebut tetap diteruskan walaupun Filimon telah dibawa ke hospital, sambil pengantin perempuan dan kedua-dua keluarga berusaha untuk melayan para tetamu.

Doktor yang merawat Filimon, Dr Lucia Dania memaklumkan pada media tempatan bahawa Filimon telah ‘patah tulang belakangnya’, sambil menambah bahawa keadaan pengantin lelaki terbabit bertambah baik.

Dia kini dilaporkan telah dimasukkan ke wad neurosurgery dan pada minggu hadapan dia akan menjalani ujian lebih lanjut.

Filimon difahamkan masih memikirkan sama ada mahu menyaman rakannya atau pun tidak kerana kecederaan yang dialaminya dikatakan telah mengubungi peguam namun masih mempertimbangkan lagi apa yang perlu dia lakukan kepada rakan-rakanya itu.

Dia kini dikahabarkan sudah boleh menggerakkan tangannya namun tidak dapat menggerakkan kakinya susulan daripada kejadian itu.

Sumber: Daily Mail

Tags: , , , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *