Trend Solat Dengan Kipas, Ini AMARAN KERAS Dari Mufti Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam ketika menunaikan solat jelas menunjukkan pelaku jahil dalam agama selain sengaja mempersendakan Islam.

Trend Solat Dengan Kipas, Ini AMARAN KERAS Dari Mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan itu juga satu penghinaan terhadap agama Islam dan perlu diadili di mahkamah syariah.

Menurutnya, mempersendakan Islam jelas berdosa besar dan boleh merosakkan akidah seseorang itu.

“Rasanya isu ini tidak perlu komen banyak, sudah jelas pelakunya sama ada jahil atau tidak siuman. Jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat, maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.

“Masyarakat perlu sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Wan Salim berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat sama pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya.

“Saya harap pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak selaras dengan hasil siasatan.

“Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agama atau ibadah. Maka dia perlu diadili di mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta orang ramai membuat laporan. Berikutan kepada pejabat agama negeri masing-masing. Sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam apabila menunaikan solat.

Ia susulan video tular baru-baru ini khususnya di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan individu. Rata-rata berstatus bujang berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam.

Sumber : Sinar Harian

 

Isu Drama Melayu.”Janganlah Terlalu Barat” – Ujar Menteri Agama | Khalifah Media Networks – KUANTAN: Jangan kejar populariti dengan menerbitkan drama yang bertentangan dengan agama atau bertentangan dengan nilai budaya.

 

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply