Tujuh Unit Rumah Kedai Dua Tingkat Hangus Terbakar | Kejadian rumah terbakar seringkali berlaku serta dapat kita lihat di media sosial kejadian yang sangat meruntum jiwa sehingga ada yang melibatkan nyawa seseorang. Kejadian seperti ini amat menyedihkan orang ramai kerana mereka yang terlibat dalam kejadian kebakaran ini bakal hilang tempat tinggal dan hidup sehelai sepinggang.
Mersing: Tujuh unit rumah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Dato’ Mohd Ali, Kampung Tanjong, Endau di sini awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima telah panggilan kecemasan berkenaan kebakaran tersebut pada jam 5.49 pagi.
Beliau berkata, tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dan dua kenderaan utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Mersing, Rompin dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Endau dengan kekuatan 51 anggota dikejarkan lokasi kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati sederet tujuh unit rumah kedai dua tingkat berstruktur papan musnah dalam kebakaran.
“Premis yang musnah termasuk tiga unit kedai perkakasan, kedai gunting rambut, kedai kasut dan kopitiam.
“Selain tujuh unit rumah kedai, sebuah surau juga musnah 60 peratus dalam kejadian sama.
“Operasi pemadam kebakaran dapat mengelak api merebak ke dua unit rumah kedai dan pasar yang terletak di belakang bangunan rumah kedai berkenaan,” katanya.
Mohd Alias berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua penghuni berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.
“Operasi tamat pada jam 12.30 tengah hari ini,” katanya.
Sumber: Berita Harian