Lelaki Dikompaun RM4,000 Keluar Beli Air Semasa Tempoh Kuarantin | Seorang lelaki yang berada dalam tempoh kuarantin telah dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 kerana gagal mematuhi perintah kuarantin yang dikenakan terhadapnya. Lelaki itu dikatakan keluar dari rumahnya untuk membeli minuman di kedai.

Lelaki Dikompaun RM4,000 Keluar Beli Air Semasa Tempoh Kuarantin

 

Lelaki yang berusia 53 tahun yang memakai gelang berwarna merah jambu itu disedari oleh orang ramai sebelum mereka menghubungi pihak polis untuk memaklumkan berkenaan perkara itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook, pihak polis segera menuju ke lokasi berkenaan sebaik sahaja menerima laporan daripada orang awam. Lelaki berkenaan telah ditahan di sebuah kedai di Taman ACBE, Jempol di Negeri Sembilan.

Dipercayai lelaki itu memandu dengan sendirinya menaiki keretanya daripada rumah menuju ke kedai itu yang turut berhampiran dengan rumahnya. Namun dia juga dikatakan tidak memasuki premis itu.

Berikutan itu lelaki yang menjalani kuarantin bermula Khamis lalu sehingga 6 Jun ini dikompaun RM4,000 kerana gagal mematuhi perintah yang dikenakan ke atasnya.  individu yang dikuarantin diwajibkan berada di rumah dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati keluar walaupun untuk ke kedai.

Hoo juga berkata, berikutan pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol akan mengadakan pemantauan di hadapan Taman Sornam bermula esok.

Katanya, ia bertujuan mengurangkan pergerakan keluar masuk orang ramai ke dalam daerah Jempol , khususnya ke bandar Bahau.

Sumber: Free Malaysia Today

 

Share.

Leave A Reply