Tukang Sihir Rusia Dedah Sukar Sihir Orang Islam, Ini Sebabnya.. | Tular sebuah video di Twitter baru-baru ini mengenai seorang penyihir Rusia, Zhanna Kushnir menceritakan pengalamannya dalam sebuah wawancara mengakui dirinya sukar untuk menyihir orang Islam yang menjaga solat.
Dalam video berkenaan, dia menceritakan bahawa amat sukar untuk mempengaruhi golongan Muslim ini berbanding penganut agama lain kerana bagi Kushnir, orang Islam sentiasa menunaikan solat wajib setiap hari. Tukang sihir.
“Saya berhadapan dengan orang daripada pelbagai jenis agama. Sangat susah untuk saya mempengaruhi orang Islam. Mereka diwajibkan beribadah setiap hari. Maka mereka sentiasa berada dalam kubah pelindung. Tukang sihir
“Sangat susah untuk sihir menembusi mereka. Orang Islam sentiasa berdoa kepada pencipta mereka. Orang Muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pencipta mereka. Pencipta itu juga sangat protektif,” katanya.
Tambah ahli sihir wanita itu, dia pernah mencuba untuk menyihir orang Islam namun kaedah yang digunakan seolah-olah tidak berkesan, malah ada kuasa ‘misteri’ akan muncul sebagai penghalang.
“Jadi usaha untuk menyerang Muslim yang taat pada agamanya adalah sangat sukar untuk dilakukan kerana mereka sentiasa berada dalam sejenis ‘kubah pelindung’ dan sangat sukar untuk menyusup masuk (melalui sihir) ke dalam diri mereka,” ujarnya.
HUKUM SIHIR
Justeru, tegas Ahmad Izzuddin, orang ramai mesti ditanam dengan kesedaran implikasi amalan sihir.
“Ia adalah dosa besar yang boleh terjerumus kepada kekufuran. Selain itu, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mendatangi bomoh lalu meminta sesuatu daripadanya, tidak diterima solatnya empat puluh hari” (Muslim: 2230).
“Dalam masa sama, pihak-pihak yang berkenaan perlu menggubal undang-undang berkaitan jenayah sihir. Ini membolehkan pesalah dikenakan hukuman setimpal sekali gus mencegah perbuatan terkutuk ini dengan lebih berkesan,” katanya.
Sumber : Kosmo