Tular Video Oki Setiana Dewi Normalisasikan Keganasan Rumah Tangga. Ini Respon Beliau | Pendakwah bebas Ustazah Oki Setiana Dewi dikecam teruk selepas didakwa mengeluarkan kenyataan menormalisasi keganasan rumah tangga.

Tular Video Oki Setiana Dewi Normalisasikan Keganasan Rumah Tangga. Ini Respon Beliau

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Oki tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, rakaman ceramah yang viral di media sosial itu diberikannya sekitar dua atau tiga tahun lalu. Tegas Oki, dia tidak menyokong tetapi menentang kekerasan dalam rumah tangga.

Assalamualaikum sahabat semua, kelmarin saya mendapat mesej dari beberapa teman mengenai potongan ceramah saya dua atau tiga tahun lalu.

Terima kasih atas perhatian dan kasih sayangnya. Sudah tentu saya sangat menolak kekerasan dalam rumah tangga.

Mohon maaf atas kesalahan dalam menyampaikan dan semoga Allah mengampuni saya dalam setiap kesalahan-kesalahan saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Oki Setiana Dewi (@okisetianadewi)

Dalam pada itu, selebriti terkenal ini juga menyatakan dia akan lebih berhati-hati dalam memberi syarahan di samping memperbaiki diri demi kebaikan di masa kelak.

Mohon doa agar Allah membimbing setiap ucapan hingga ke depannya mendatangkan maslahat.

Insya-Allah saya akan terus belajar, memperbaiki diri dan menyampaikan dengan lebih baik di masa hadapan. Mohon bimbingan juga daripada semua sahabat.

Sumber : Oh Bulan

Share.

Leave A Reply