Uncle Kentang Wakil Malaysia Terima Anugerah Ratu Elizabeth II| Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ telah banyak menabur jasa dan budi terhadap rakyat Malaysia selepas beliau sepenuh upaya berkhidmat untuk tujuan kebaikan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia yang khususnya golongan yang tidak berkemampuan.

Mewakili Malaysia Terima Anugerah Ratu Elizabeth II, Uncle Kentang Beri Perhargaan Kepada Rakyat Malaysia

Aktivis masyarakat yang sangat disenangi seluruh rakyat Malaysia bakal menerima anugerah ‘Points of Light’ oleh Ratu Elizabeth II di atas usahanya membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh  Chee Heng menerusi kemas kini di laman Facebooknya baru-baru ini setelah beliau menerima makluman berhubung anugerah tersebut menerusi e-mel dan menyifatkan ia sebagai satu penghargaan yang bermakna serta kejutan buatnya.

Jelasnya lagi, dia mendedikasikan kemenangan tersebut kepada seluruh rakyat Malaysia yang menderma, menyokong serta membantu memberikan informasi mengenai siapa yang harus dibantu. Beliau menyifatkan penghargaan tersebut adalah sokongan dari rakyat Malaysia yang tidak henti-henti memberikan bantuan.

Anugerah tersebut difahamkan akan diberikan setiap minggu kepada individu dari negara Komanwel sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha serta sumbangan mereka terhadap masyarakat.

Mesra dipanggil ‘Uncle Kentang’ kini telah mencuri  tumpuan masyarakat kerana sifat pemurah dan prihatinnya membantu masyarakat termasuk menyediakan perkhidmatan van jenazah, ambulans dan teksi 10 sen secara percuma.

Menerusi laman web pointsoflight.gov.uk, aktivis terbabit yang telah mencecah usia 58 tahun menjadi rakyat Malaysia keempat yang menerima penghormatantersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 2018.

Anugerah tersebut turut diterima oleh sebelumnya Doktor ‘Teddy Bear’, Dr Madhusudhan Shanmugam; Pengasas gerakan ‘Zero Waste Malaysia’, Khor Sue Yee dan Aurora Tin; serta penyelidik penyu air tawar, Dr Chen Pelf Nyok.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply