Sistem Kesihatan India Lumpuh, Pesakit Covid-19 Beralih Ke Klinik Haram | Seperti yang kita sedia maklum, penularan wabak Covid-19 di India sememangnya sudah tidak terkawal. Hal ini kerana, India telah mencatat lonjakan kira-kira lapan juta kes baharu sejak hujung Mac lalu susulan negara itu dilanda gelombang luar biasa, yang berpunca daripada varian baharu virus itu, selain langkah kerajaan membenarkan kebanyakan aktiviti, termasuk himpunan keagamaan dan politik besar-besaran.

Sistem Kesihatan India Lumpuh, Pesakit Covid-19 Beralih Ke Klinik Haram

New Delhi: Dikatakan pada ketika ini sistem kesihatan di India yang sudah lumpuh telah menyebabkan ramai pesakit Covid-19 terpaksa mendapatkan rawatan perubatan secara haram. Agensi berita melaporkan, walaupun pemimpin negara itu menyatakan wabak Covid-19 di India dilihat sudah stabil di beberapa bahagian negeri namun kadar kematian meningkat iaitu 4,194 kes pada Sabtu lalu.

Sementara itu, jangkitan penularan wabak Covid-19 di India dipercayai sudah meluas kepada daerah pedalaman di mana sistem kesihatan sudah terhad untuk merawat pesakit. Bukan itu sahaja, ekoran fasiliti perubatan di pedalaman India sangat terhad, dengan itu hanya jumlah kecil doktor sahaja yang akan bekerja di lapangan.

Seorang bekas pekerja hospital di India yang tidak mempunyai latar belakang perubatan sah menjalankan sebuah klinik kecil haram di sebuah kampung di Parsaul sejauh 60 kilometer dari New Delhi. Dia merawat pesakit yang mengalami kesukaran bernafas dan memeriksa kadar oksigen pesakit yang hanya berkatilkan anyaman buluh.

Bekas pembantu hospital berusia 52 tahun itu juga dilihat berpindah dari satu katil ke satu katil lain untuk memeriksa kesihatan pesakit.

“Pesakit dengan gejala demam dan mempunyai masalah pernafasan meningkat dalam tempoh dua bulan ini,” katanya yang mengaku menjadi pembantu ‘klinik haram’ itu sejak 1993.

Dalam pada itu, dia yang enggan dikenali berkata, penduduk di sekitar enam hingga tujuh kampung berkenaan telah mendapatkan khidmat rawatannya secara peribadi kerana mempercayainya.

“Beberapa pesakit memakai pelitup muka ketika berbaring di katil anyaman klinik haramnya sementara yang lain menutup wajah dengan pakaian,” katanya.

Seorang pesakit, Ashok, telah mengakui datang untuk mendapatkan khidmat doktor itu selepas mempunyai simptom demam secara berpanjangan. Dia mendakwa penduduk di daerahnya takut untuk keluar rumah dan 15 orang di sekitarnya maut dalam beberapa hari terakhir.

Infrastruktur kesihatan yang buruk dan kurangnya ujian saringan membuat ramai pesakit tidak tahu adakah mereka dijangkiti Covid-19 atau hanya demam.

Bubli, 30, mengunjungi klinik haram itu untuk mendapatkan ubat demam juga mengakui tidak tahu sama ada dia mempunyai virus itu atau tidak.

“Tidak, dia tidak menghidap Covid-19, itu hanya demam. Kami takut Covid-19, tapi pergi ke hospital lebih besar lagi berbahaya,” kata suami Bubli.

Covid-19, iaitu kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat dengan jumlah kematian 295,525 nyawa.

Sumber: Harian Metro

 

Share.

Leave A Reply