Vaksin AstraZeneca Boleh Ditempah Mulai 12 Tengah Hari Esok Bagi Yang Berusia 60 Tahun Kebawah

| May 24, 2021 | 0 Comments

Vaksin AstraZeneca Boleh Ditempah Mulai 12 Tengah Hari Esok Bagi Yang Berusia 60 Tahun Kebawah| Tempahan Vaksin AstraZeneca akan dibuka kepada orang ramai yang berusia di bawah 60 tahun pada jam 12 tengah hari 26 Mei 2020. Slot tempahan ini akan dibuka di beberapa kawasan.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), antara kawasan yang bakal dibuka untuk slot tempahan vaksin AstraZeneca adalah di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri Sarawak. Berita ini telah disampaikan di sidang media oleh enteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Sebanyak 228,347 slot telah ditempah oleh golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas sejak hari Ahad yang lepas.

Bagi fasa kedua ini, sebanyak 1.26 juta dos disediakan selepas menerima vaksin pada 21 Mei yang lepas. Manakala bekalan kedua vaksin Astrazeneca dari kemudahan Covac akan negara terima lagi pada hujung bulan ini.

Menurut data yang tertera di laman JKJAV, seramai  10,850,160 individu sudah mendaftar manakala 1,662,273 sudah divaksinasi setakat ini.

Sumber: JKJAVMY

Tags: , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *