(Video) Betul Ke Jemaah Dah Tak Boleh Bawa Balik Air Zam-Zam Ke Malaysia? | Khalifah Media Network – Kebiasaannya, umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah umrah atau haji di Tanah Suci Mekah pastinya akan membawa pulang air zam zam buat saudara-mara di tanah air.

(Video) "Minumlah Puas-Puas Di Sini.." Jemaah Dah Tak Boleh Bawa Balik Air Zam-Zam Ke Malaysia?

Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Arab Saudi tidak lagi membenarkan jemaah haji atau umrah membawa balik air zam zam dalam jumlah yang banyak namun hanya sekadar lima liter bagi setiap jemaah secara percuma.

Baru-baru ini viral satu video di TikTok yang menggunakan nama Masjid Besi memaklumkan bahawa jemaah haji atau umrah kini tidak lagi dibenarkan untuk membawa balik air zam zam ke tanah air terutamanya jika jemaah terbang menerusi lapangan terbang baharu di Jeddah.

@masjidbesiAir Zam-Zam tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia ##fyp ##airzamzam♬ original sound – Masjid Besi

Bukan itu sahaja, individu ini juga mendakwa kemungkinan itu adalah peraturan baharu yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Dakwanya lagi, air zam zam juga sudah tidak djiual di lapangan terbang.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati. Malah kecewa dengan larangan membawa pulang air zam zam ke tanah air. Malah ada segelinitir daripada mereka berpendapat kemungkinan ‘peraturan baharu’ itu dibuat kerana mahu mengelakkan penjualan air zam-zam. Berikutan yang dijual oleh jemaah kepada orang tempatan.

Sumber : Oh Bulan, TikTok

 

Kelebihan Menjadi Bilal Yang Ramai Tak Tahu | Khalifah Media Network – Saban hari, kita sentiasa diperdengarkan dengan laungan azan. Azan mengajak manusia supaya mendatangi rumah-rumah Allah. Kita diajak dan dipelawa untuk datang ke rumahNya. Bagi bersama-sama menyembah serta mengabdikan diri sebagai tanda kesyukuran kita kepada-Nya di atas segala nikmat yang telah diberikannya kepada kita.

 

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply