(Video) Curi-Curi Masuk Wad Untuk Jaga Ibu Selepas Pembedahan | Kasihnya seorang anak kepada ibu semestinya tiada tandingan, segala pengorbanan sanggup dilakukan untuk si ibu. Jika dibandingkan dengan pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan kita ke atas dunia, apalah sangat nak dibandingkan dengan pengorbanan seorang anak terhadap ibunya.
Seorang anak lelaki sanggup mencuri masuk ke dalam wad hanya sekadar ingin menemani ibunya di hospital. Namun apa bila diketahui oleh jururawat, lelaki itu telah diminta untuk keluar meninggalkan ibunya. Pada jam lima pagi dia telah diarahkan untuk keluar kerana itu merupakan wad perempuan, lelaki sama sekali dilarang untuk menjaga pesakit di wad itu.
Tambahan pula dia sendiri telah mencuri masuk ke dalam wad pada malam itu untuk menjaga ibunya. Dia terpaksa akur dengan arahan itu, tambahan pula itu sememangnya peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Denagn itu dia telah menunggu ibunya di luar wad.
Video yang dikongsikan di tiktok itu telah menunjukkan ibunya mengalirkan air mata disaat anaknya menyatakan hasrat untuk pulang ke rumah. Ibunya tidak membenarkannya untuk pulang kerana tidak mahu ditinggalkan bersendirian di wad itu. Itu menyebabkan dia dia berasa berat hati untuk pulang dan meninggalkan ibunya.
Dia telah berpura-pura kuat kerana tidak mahu ibunya bertambah sedih, dan telah berjanji untuk menjaga ibunya lagi di hospital pada malam itu. Ibunya itu baru sahaja selesai menjalani pembedahan pemotongan ibu jari kaki, itu menyebabkan ibunya sedih kerana takut tidak dapat bertemu dan bersama anak-anaknya pada saat akhirnya.
Dia yang telah berpura-pura kuat itu telah memberhentikan moto yang dinaiki di tepi jalan. Dia menangis kerana merasa berat hati untuk meninggalkan ibu yang disayangi itu. Walau bagaimanapun dia tetap perlu pulang ke rumah dan menguruskan ibu jari ibunya itu dengan kadar segera.
Menurutnya masih terdapat lagi anak-anak lain yang boleh menajga ibunya sepanjang berada di hospital. namun begitu ibunya amat rapat dengan dirinya. Ini kerana dia merupakan anak manja kepada ibunya.
@iras..yashSedih harini wey..walaupun aku hiburkan huma dgn bahsa baling ku ‘Sbb ku xmoh pikir sgt.,Aku juga punya mslh mcm org lain jgk ..😔 #balingkedah #fyp♬ original sound – budak biasa🦜
Sumber: Oh Bulan