VIDEO : Detik-Detik Mendebarkan Kanak-Kanak Jatuh  Dari Bangunan 3 Tingkat.

| September 15, 2020 | 0 Comments

VIDEO : Detik-Detik Mendebarkan Kanak-Kanak Jatuh  Dari Bangunan 3 Tingkat. | Seorang kanak-kanak perempuan telah diselamatkan oleh orang ramai setelah terjatuh dari bangunan tiga tingkat ketika dipercayai ditinggalkan di rumah bersendirian di China, lapor Daily Mail.

Jatuh

Melalui satu rakaman video, kanak-kanak berusia empat tahun itu dilihat tergantung di tingkap yang kira-kira 30 kaki di atas tanah.

Berpuluh orang penduduk tempatan bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak itu ketika dengan menggunakan selimut.

Kejadian pada Khamis lalu itu dipercayai berlaku setelah kanak-kanak tersebut ‘dikurung’ di rumah sendiri oleh datuk dan neneknya yang keluar untuk menguruskan kedai keluarga.

Kedua ibu bapa kanak-kanak itu merupakan pekerja migran yang berhijrah ke bandar lain.

Semasa gadis itu bermain sendirian di rumah, dia secara tidak sengaja keluar dari tingkap. Laporan media tidak menyatakan ketinggian bangunan itu namun sebuah flat tiga tingkat khas di China setinggi sekitar 9 meter atau 30 kaki.

Terjun Bangunan

Jatuh Bangunan

Budak Jatuh

Ngeri

Kanak-kanak itu dipercayai telah kehilangan semua kekuatannya dan menyebabkannya melepaskan tangan dan meluncur turun dari bahagian luar bangunan.

Ramai dalam kalangan warganet yang memuji jiran-jiran dan menganggap mereka sebagai pahlawan setelah rakaman itu dikongsi secara meluas dalam talian.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, SERAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *