(VIDEO) Disangka Pancing Hanya Seekor Ikan, Rupanya Buaya ‘Ikut’ Sekali. | Dawson McMahon, 7, sedang menarik pancingnya di kebun belakang rumahnya di Palm Coast, Florida, dan tidak tahu bahawa dia dalam bahaya apabila aligator tiba-tiba merangkak keluar dari air.

(VIDEO) Disangka Pancing Hanya Seekor Ikan, Rupanya Buaya ‘Ikut’ Sekali.

Seorang budak lelaki berlari dalam ketakutan selepas aligator keluar dari air untuk merebut ikan yang baru sahaja ditangkap.

Dawson McMahon sangat teruja dengan tangkapannya kerana ayahnya merakam detik-detik istimewa tersebut.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu yang memancing di taman belakang rumah keluarga mereka di Palm Coast, Florida tidak tahu bahaya mengintip seinci di dalam air.

Sedetik sebelum itu, bapanya, Sean boleh didengar “Tidak apa-apa, teruskan tarik!” Ketika budak tersebut cuba merentap tangkapannya.

Pemuda itu melangkah lebih dekat dan lebih dekat untuk mendapatkan ikan tersebut kerana ayahnya masih asyik merakam video.

Dalam sekelip mata, seekor aligator besar bergegas keluar dari air dan merentap ikan di dalam mulutnya.

Binatang itu, hanya beberapa meter jauh dari anak tersebut, menarik batang pancingnya ke dalam air.

Ia menyebabkan Dawson melompat lari ke belakang dan ayahnya – masih merakam – hanya berkata “Oh… My…. God.”

Aligator kembali ke dalam air dan pasangan itu dibiarkan terpinga-pinga cuba memahami situasi yang baru sahaja berlaku.

Dianggarkan lebih dari satu juta aligator tinggal di negeri Florida – dan keluarga ini mungkin akan berfikir dua kali tentang pergi berdekatan kawasan itu lagi.

Sean memuat naik video itu di Facebook.

“Dawson menangkap seekor ikan malam ini dan tiba-tiba aligator datang, makan ikan tersebut dan menarik batang pancingnya ke dalam air!” tulisnya.

Terdapat banyak komen setelah rakaman itu menjadi viral dengan beberapa orang mengatakan peraturan pertama di Sunshine State adalah untuk menjauhkan diri dari tepi air.

Satu posting, “Saya menduga ayahnya bukan dari Florida dan tidak tahu tentang aligator, tasik, jarak anda perlu patuhi ketika berhampiran dengan air di Florida dan lain-lain. Syukur kepada Tuhan anak ini masih hidup.”

Yang lain menulis, “Inilah sebabnya mengapa anda mengajar mereka untuk menjauhkan diri dari tepi air. Anak itu bijak kerana menjatuhkan batang pancingnya itu dan berlari jauh dari situ. Itu adalah aligator yang lebih kecil tetapi masih cukup besar.”

Seorang lagi berkata: “Ayah tidak kelihatan terlalu terkejut, di-zoom dengan cepat juga. Nasib baik anaknya tidak diseret masuk.”

Sumber: Mirror

Share.

Leave A Reply