Beberapa penduduk kampung dikejutkan dengan penemuan mayat bayi perempuan cukup sifat dalam sebuah parit pada Ahad.
Kejadian menyanyat hati itu dipercayai berlaku di Kampung Melayu Kampung Melayu, Johor Bahru, Johor.
Penemuan mayat bayi berkenaan dikongsikan semula oleh seorang warga awam yang hanya dikenali sebagai Wan di aplikasi Telegram Update Info pada Isnin pagi.
Menurut Wan, mayat bayi tersebut yang dalam keadaan sempurna tersebut ditemui penduduk tempatan ketika hanyut dibawa arus di dalam sebuah parit semasa hujan lebat.
“Bayi sudah meninggal dunia ketika dijumpai warga… dan itu gambar-gambar ibu yang sanggup buang anak sendiri. Sekarang tebus kesalahan dalam lokap.
“Terjadi pagi tadi (Ahad) di Kampung Melayu, Johor Bahru,” tulisnya.
Dalam video tersebut memaparkan dua orang individu mengangkat bayi tersebut dari dalam parit menggunakan penyodok.
Turut kedengaran suara beberapa orang wanita yang bersimpati dengan keadaan bayi berkenaan.
“Sini, sini nak, aduhh kesian. Bayi perempuan, bayi perempuan,” katanya.
Wanita itu kemudiannya dilihat meletakkan mayat berkenaan di dalam sebuah kotak khas yang disediakan.
Turut tular beberapa keping gambar keadaan mayat bayi perempuan berkenaan yang masih sempurna dan seakan-akan sedang tidur.
Bayi itu dipercayai baru sahaja dilahirkan berdasarkan berdasarkan tali pusat dan uri yang masih bersambung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga awam mengecam tindakan individu yang membuang bayi malang berkenaan.
Seorang pengguna Telegram, Nani mengutuk perbuatan ibu bayi berkenaan.
“Manusia berhati binatang, sampai hati buat macam itu pada bayi yang tidak berdosa. Kalau dapat kat aku, memang lunyai aku ganyang, manusia jahanam,” tulisnya.
Manakala Wani pula tidak dapat menahan kesedihannya melihat gambar tular bayi malang berkenaan.
“ALLAH, mengalir air mata aku melihat gambar bayi yang cantik ini. Sampai hati si ibu, kenapa perlu buang. Mana sifat kemanusiaan, ALLAH,” katanya.
Namun begitu, tidak dapat lokasi sebenar kejadian tersebut berlaku dan pihak media sedang cuba mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Bayi Perempuan Bertali Pusat Dijumpai Dalam Kotak Di Simpang Jalan
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam sebuah kotak di tepi simpang masuk sebuah kebun di Jemaluang pada hari semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, pihak polis menerima maklumat tentang penemuan bayi itu pukul 9.40 pagi daripada jururawat Klinik Kesihatan Jemaluang.
Katanya, bayi berkenaan dijumpai seorang lelaki Cina.
“Bangsa bayi belum dikenal pasti dan masih bertali pusat ketika ditemui dalam kotak berwarna coklat pada pukul 8.40 pagi.
“Ketika dijumpai bayi itu diletakkan di atas jalan pasir merah dalam keadaan tidak berselimut hanya beralaskan kain langsir berwarna merah hati dan diletakkan di hadapan simpang masuk sebuah kebun di Jemaluang,” katanya dalam kenyataan semalam.
Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penemuan bayi itu supaya menghubungi talian hotline IPD Mersing atau pegawai penyiasat, Inspektor S.R. Agelan menerusi talian 07-7992222.
“Alhamdullilah, bersyukur tidak dibunuhnya anak itu tapi lebih baik jika diletak di tempat yang selamat ataupun boleh terus hantar ke rumah kebajikan. Di sana nanti akan ada pegawai uruskan semua”, komen salah seorang pengguna Facebook.
“Dah sedap buang anak merata rata. Wahai anak tersebut, semoga apabila dewasa nanti engkau menjadi manusia yang paling bermanfaat kepada agama bangsa dan negara. Semoga engkau dilindungi Allah dan berjaya didunia akhirat.”
Sumber: KMN