NGERI. Seorang Jurulatih Kritikal Diserang Harimau Ketika Pertunjukan Sarkas.| ROM – Seorang jurulatih haiwan di Itali diserang oleh seekor harimau semasa pertunjukan sarkas di wilayah Leece, petang Khamis lalu, lapor akhbar MailOnline semalam.

Rakaman kejadian memaparkan detik cemas ketika Ivan Orfei, 31, diserang oleh seekor harimau yang berada di sebelahnya ketika dia sedang memberi arahan semasa pertunjukan di Sarkas Marina Orfei di Surbo.

Ketika kejadian, harimau tersebut menarik kaki Orfei ke lantai, mengelilinginya sebelum melompat ke belakang lalu membaham leher mangsa.

Orfei dikejarkan ke hospital kerana mengalami luka dalam pada leher, kaki dan lengan akibat diserang.

Harimau tersebut kemudian diasingkan selepas pertunjukan itu untuk menjalani ujian veterinar.

Pihak berkuasa sarkas mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook dengan berkata: “Kami adalah sangat menyayangi haiwan seperti yang ditunjukkan oleh Ivan dalam persembahannya.

“Harimau adalah haiwan yang menarik dan kemahiran untuk menjinakkan serta membina hubungan dengannya adalah satu seni yang berlaku selama ratusan tahun bukan sahaja di sarkas.

“Namun, kemalangan boleh berlaku dan keberanian yang ditunjukkan oleh mereka dalam profesion ini seperti dia (Ivan) adalah terpuji,” jelas kenyataan tersebut.

Pertubuhan Antarabangsa bagi Perlindungan Haiwan (OIPA) berkata, serangan itu menjadi bukti bahawa undang-undang negara yang melarang persembahan sarkas membabitkan haiwan liar perlu dilaksanakan.

“Di sebalik latihan pertunjukan sarkas itu, terdapat kekurangan, penganiayaan dan penderitaan selama beberapa bulan,” kayta Presiden OIPA, Massimo Comparotto dalam satu kenyataan.

Sumber: Kosmo

 

 

Baca Juga: Penduduk Felda Bimbang Lihat 3 Ekor Lembu Dibaham Harimau

Sekurang-kurangnya tiga lembu mati dipercayai dibaham harimau hujung minggu lalu di sekitar Felda Ulu Belitong dan Felda Ulu Dengar di sini.

Pemilik haiwan ternakan berkenaan, Mohammad Syafii Jowahir, 30, berkata dia menyedari dua anak lembu jantan miliknya itu mati dengan bekas gigitan di leher kira-kira jam 9 pagi Ahad lalu di dalam kebun milik keluarganya itu di Felda Ulu Belitong.

“Saya dia tidak menanam bangkai lembu itu kerana bimbang haiwan buas berkenaan akan mencari dan memburu lembu lain,” katanya yang memiliki kira-kira 50 lembu.

Katanya, dia membuat laporan polis mengenai kejadian namun sudah dihubungi oleh pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menasihatinya supaya berjaga-jaga.

“Setakat ini saya mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memerhatikan kawanan lembu saya dan membiarkan mereka bebas di dalam kebun, bukannya dikurung dalam kebun berpagar elektrik.

“Pada waktu malam saya membuat unggun api bagi menakutkan haiwan buas supaya tidak menghampiri kawasan kebun dan kawanan lembu milik saya,” katanya.

Katanya, dia yakin haiwan buas berkenaan adalah harimau berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui di sekitar bangkai ternakannya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin ketika dihubungi berkata, pasukannya sedang menyiasat kes berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian berkenaan hingga mendapat perhatian ramai.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply