(VIDEO) Kereta Anak Sultan Johor Calar ‘Digesel’ BMW, Ini Tindakan Polis | Sejak sempadan Malaysia dibuka pada 1 April lalu, beberapa insiden kurang menyenangkan melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura menjadi bualan netizen di kedua-dua buah negara jiran ini.
Terbaharu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum dan sedang menyiasat insiden sebuah BMW bernombor pendaftaran Singapura bergesel dengan kereta elektrik Honda E milik Tengku Temenggong Johor (TTJ), YAM Tunku Idris.
Kejadian tersebut berlaku di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi pada pukul 2.17 petang.
Perkongsian asal Tunku Idris telah meraih pelbagai reaksi orang ramai yang berasa geram dengan pemandu BMW terbabit yang selamba berjalan bersebelahan Honda E milik TTJ seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Asisten Komisioner Raub menyatakan secara ringkas melalui WhatsApp, pihaknya masih menunggu hasil siasatan untuk tindakan selanjutnya, lapor Utusan.
Dalam pada itu, satu perkongsian IG Story yang dimuat naik oleh TTJ ada menyatakan laporan polis telah pun dibuat dan sedang diuruskan. TTJ pun turut move on daripada insiden terbabit.
SUMBER : TheVocket