Beberapa pemandu kenderaan nyaris hilang kawalan selepas melalui bonggol di laluan utama berhampiran Universiti Selangor (UniSel) di Seksyen 7 di sini pada malam Ahad.

Video klip dikongsi di laman Twitter itu memaparkan kenderaan terbabit melambung selepas melanggar bonggol berkenaan.

Namun kenderaan tersebut dirakam selamat ‘mendarat’ tanpa terbabas serta tidak melibatkan sebarang kemalangan dengan kenderaan lain.

Video insiden itu dikongsi pengguna Twitter dikenali dengan nama Abang Kiah @adiehussin94 selepas melalui laluan berkenaan dan mendakwa tiada jalur kuning sebagai amaran agar memperlahankan kenderaan kerana terdapat bonggol di situ.

“Depan UniSel Seksyen 7 Shah Alam tiba-tiba pula lalu tadi ada bump besar bapak, buat bump takde jalur kuning. Tak tahu nak mengadu kat siapa ni, harap warganet berhati-hati dan mohon perlahankan kenderaan,” ciapnya.

Sehingga awal pagi Isnin video terbabit telah ditonton lebih 30,000 kali dan dikongsi hampir 3,000 pengguna Twitter.

Pemilik akaun Twitter turut memuat naik komen ditujukan kepada pihak berwajib yang menyelenggara laluan jalan tersebut.

Dalam pada itu, berkongsi video sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof meminta pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) segera mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kemalangan berlaku.

MBSA telah meletakkan papan tanda amaran di laluan berkenaan pada petang Ahad sebelum selesai mengecat jalur kuning pada sebelah malamnya. Sumber FB MBSA. (Gambar dalam : Kisah ini dikongsi pengguna Twitter dikenali dengan nama Abang Kiah @adiehussin94 selepas melalui laluan berkenaan)

“Saya telah maklumkan ke Ahli-Ahli Majlis MBSA @sacitycouncil sebaik menerima aduan/berita mengenai bonggol ini.

“Tindakan segera mesti diambil untuk elak kemalangan,” ciapnya dengan perkongsian video pengguna Twitter dikenali dengan nama Abang Kiah di laman Twitternya.

Sinar Harian difahamkan pihak MBSA telah meletakkan papan tanda amaran di laluan berkenaan pada petang Ahad sebelum selesai mengecat jalur kuning pada sebelah malamnya.

Namun, disebabkan masih belum menyedari perubahan tersebut lalu pengguna jalan raya memandu pada had kelajuan biasa menyebabkan kenderaan dipandu mereka melambung.

Menjengah di ruaangan komen, rata-rata netizen mengeluarkan pendapat masing-masing tentang bonggol tersebut.

“Majlis Bandaraya Shah Alam Azli Yusof akibat kontraktor tidak meletak tanda (signbord) yg lebih besar dan tidak membuat tanda (cat terang) di bonggol menyebabkan banyak kereta terbang dan hampir kemalangan. Ini kerana laluan ini tidak ada bonggol sebelum ini, pastinya pengguna tidak tahu. Sepatutnya letakkan peringatan terlebih dahulu selama 2 minggu baru pasang bonggol itu,” komen salah seorang pengguna Facebook.

“Buat bonggol boleh tapi ikutlah spec. Ini ada yangg tinggi semacam. Fungsi bonggol memperlahankan kenderaan, bukan nak suruh kenderaan berhenti terus”.

“Kalau semua pengguna jalan raya bersopan semasa bawa kenderaan. Percayalah,bonggol tidak perlu pun. Tapi semua fikir nak laju saja tidak kira jalan, taman perumahan, kampung, sekolah dan lain-lain.”

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply