Kecewa disebabkan wanita yang diminati menolak cintanya, seorang lelaki bertindak nekad cuba terjun dari menara tiang elektrik berhampiran rumahnya.

Kejadian yang berlaku di Dusun Satu Banten, Desa Pasir Putih ,Indonesia pada Isnin itu dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai RN itu turut merakam dirinya sendiri dan meninggalkan pesanan pada keluarga dan cinta hatinya.

Ketua kampung Pasir Putih, Lin Sandra berkata, lelaki yang memanjat menara elektrik itu merupakan salah seorang penduduk di kawasan berkenaan.

@majoritiofficial

Dia panjat sampai atas pastu rakam diri sendiri meluah perasaan. Min nak marah tapi kesian juga, kalau dah cinta macam-macam boleh jadi. #trendingtiktokmalaysia #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fypmalaysia #fyp #viralvideo #brokenheart

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

“RN penduduk di sini dan dia bertindak demikian kerana kecewa cintanya ditolak dan wanita itu juga sudah mempunyai teman lelaki lain.

“Pada mulanya dia tak nak turun walaupun dipujuk oleh beberapa ahli keluarganya,” katanya.

Tambah Lin lagi, lelaki berkenaan hanya turun selepas wanita idamannya datang dan memujuknya untuk tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan diri.

“RN berjaya dipujuk dan turun dari menara berkenaan pada pukul 5.45 petang.

“Dia (RN) mungkin mengalami masalah kemurungan akibat cinta ditolak. Selepas kejadian, RN terus dibawa pulang ke rumah keluarganya,” katanya.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Tali Payung Terjun Terputus, Anggota Tentera Patah Tulang | Seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari pasukan Komando Pasukan Tindakan Pantas (Kopasgat) dilapor patah pinggang selepas payung terjunnya gagal mengembang ketika sedang melakukan latihan terjun bebas.

Menurut Merdeka.com, anggota TNI yang dikenali sebagai Prada Salman Sinaga itu patah tulang pinggul dan kini sedang menjalani rawatan intensif di hospital.

Sewaktu kejadian tersebut, anggota TNI yang lain sedang melakukan latihan taktik untuk turun dari pesawat di Pangkalan Udara Sulaiman pada Selasa lalu.

Ketua Penerangan Kopasgat Kolonel Gunawan kepada Detik.com menyatakan bahawa memang benar, ada kejadian salah sorang daripada pelajar yang menyertai aktiviti latihan Kopasgat telah alami keadaan cemas.

Prada telah jatuh di ketinggian 1,600 kaki atau hampir 500 meter dari ketinggian paras laut.

Jelas Gunawan lagi, proses latihan tersebut telah melalui peringkat teknikal dan mengikut peraturan. Prosesnya adalah menyemak kesesuaian payung terjun, prosedur melipat payung terjun hingga la menggunakannya di udara.

Beliau juga berkata, ini bermakna tiada unsur yang disengajakan, kerana semuanya telah melalui juruteknik berkenaan penggunaan payung.

Gunawan tambah lagi, semuanya sudah melalui peringkat pengajian, lipat payung dan sebagainya sudah tentu melalui seliaan jurutlatih yang pakar berhubung kebolehlaksanaan payung tersebut.

Kejadian itu berlaku kerana salah satu tali pada payung terjun tersebut telah putus. Ini telah menghalang payung terjun berkenaan daripada mengembang sepenuhnya.

Gunawa jelas bahawa ada tali yang terputus semasa lompat, jadi payung tak boleh kembang dengan sempurna.

Menurut Gunawan lagi, semua peralatan payung terjun yang digunakan pelajar pendidikan Kopasgat telah disemak terlebih dahulu. Tetapi ada beberapa faktor tertentu yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.

Gunawan mendedahkan keadaan mangsa kini masih dirawat di Hospital Tentera Udara Dr M Salamun di Cipadap, Bandung.

“Beliau kata, keadaan pelajar itu segera dikendalikan oleh pasukan kesihatan. Kemudian mangsa telah dirujuk ke hospital terdekat di Pangkalan Udara Sulaiman.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply