PETALING JAYA – Bagai pisang berbuah dua kali, apabila Menara Merdeka 118 sekali lagi diceroboh oleh kumpulan warga asing yang beraninya berkongsikan perbuatan terbabit di dalam satu video di media sosial.

Video pencerobohan berdurasi 7 minit 18 saat yang dimuat naik pada 30 Disember lalu di akaun YouTube, Driftershoots menunjukkan bagaimana kumpulan yang terdiri daripada empat orang itu dapat menyelinap masuk ke bangunan berkenaan.

Mereka kelihatan memakai jaket keselamatan seperti pekerja binaan supaya tidak dikenali dan memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk, sebelum memanjat bangunan itu menuju ke puncak.

“Sebentar tadi saya dan tiga lagi rakan penjelajah telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendaki dan mengambil gambar Merdeka 118 iaitu bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 679 Meter.

“Perjalanan yang panjang dan sukar serta penuh cabaran. Beberapa percubaan sebelum ini oleh beberapa individu telah berakhir dengan dipenjarakan, jadi kami sedar kami menghadapi kemungkinan besar yang sama.

“Walau bagaimanapun, perjalanan itu berakhir dengan jayanya dan merupakan hadiah untuk mengakhiri tahun 2022. Video ini adalah ekspresi artistik kebebasan yang dilakukan untuk cinta dan saya tidak menggalakkan sesiapa untuk melakukan semula tindakan yang ditunjukkan dalam video ini,” tulis pengendali akaun berkenaan di ruangan penerangan video.

Sebelum ini, pasangan Russia, Angela Nikolau dan Ivan Beerkus menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia susulan kejayaan mereka menceroboh dan menawan bangunan kedua tertinggi di dunia itu, bulan lalu.

Nikolau juga telah beraninya mendedahkan bagaimana dia menyamar sebagai salah seorang pekerja binaan dengan memakai tudung untuk menyelinap masuk ke bangunan tersebut.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Pasangan Rusia Ceroboh Merdeka 118, Flex Gambar Di Puncak.. 

Pasangan daredevil dari Rusia, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau terkenal sebagai pasangan yang sukakan cabaran. Mereka kerap bergambar di puncak bangunan dan menara tinggi di seluruh dunia dan berkongsi hasilnya di sosial media.

Pasangan Rusia Ceroboh Merdeka 118, Flex Gambar Di Puncak.. 

Baru-baru ini, tular gambar Ivan dan Angela yang mendakwa mereka sudah berjaya menawan puncak menara Merdeka 118 dan berkongsikan gambar tersebut di laman Skyscraper City.

Ivan yang lebih dikenali dengan panggilan Beerkus berkata ‘beliau sudah berjaya panjat hingga ke puncak dan pemandangan di atas sana sangat menakjubkan’.

Gambar tersebut dipercayai telah diambil menggunakan dron selepas pasangan tersebut berjaya memanjat menara kedua tertinggi di dunia tersebut menggunakan tangga.

Beliau berkongsi gambar tersebut pada 26 Disember lalu dan gambar tersebut mula tular sejak semalam. Beerkus cuma berkongsikan gambar tersebut di laman Skyscraper City sahaja manakala gambar rasminya di Instagram tidak memaparkan gambar beliau berada di puncak.

“Merdeka 118 merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia. Saya dengar banyak cerita tentang orang ramai yang cuma panjat bangunan ini secara haram. Menyedihkan apabila ada yang dimasukkan ke dalam penjara beberapa bulan kerana ditangkap. Banyak pintu tertutup dan kamera litar tertutup (CCTV) dalam bangunan ini membuatkan ia bangunan yang ‘mengiurkan’ untuk ditawan,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima persoalan ramai terutamanya ramai yang mempertikaikan sistem keselamatan Merdeka 118 yang tidak kuat sehingga penceroboh boleh terlepas masuk ke dalam.

Sumber: TV

Share.

Leave A Reply