Lelaki Tinggal Di Atas Pokok Akibat Kesempitan Wang | Seorang lelaki dari wilayah Isaan, Udon Thani, Thailand , mengambil keputusan untuk ‘mengasingkan diri’ dengan tinggal di atas pokok, akibat kesempitan wang.

Portal The Thaiger melaporkan, Charlie yang berusia 38 tahun membina rumah di atas pokok itu, sejak tiga tahun lalu.

Charlie mengikat kepingan kayu bersama tali untuk dijadikan lantai dan menggunakan kepingan plastik sebagai bumbung.

Kisah Charlie tular selepas seorang netizen berkongsi gambar rumahnya di Facebook (FB).

Media Thailand melawatnya di daerah Nampong Khon Kaen untuk mengetahui kisah lelaki itu dan Charlie memberitahu dia pernah bekerja di Bangkok serta mampu menyara diri juga keluarganya.

Berikutan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19, Charlie pulang ke kampung halaman di Khon Kaen, namun kemudian berpindah ke Udon Thani bagi mencari pekerjaan.

Dia memohon apa sahaja kerja yang ada tetapi gajinya tidak dapat membayar komitmen, jadi nekad membayar semua hutangnya dan kemudian tinggal di atas pokok.

Menurut Charlie, dia menjalani hidup sederhana dan jika ada orang mengupahnya, dia akan pergi bekerja tetapi ke kuil untuk mendapatkan makanan, sekiranya tiada kerja.

Kadang-kadang, orang dalam komuniti berkongsi makanan dengannya.

Sementara itu, Pegawai dari Pusat Perlindungan bagi Kemiskinan dan Pembangunan Sosial dan Kementerian Keselamatan Manusia melawat Charlie, pada Sabtu, dan menawarkannya tempat tinggal percuma untuk gelandangan di wilayah itu.

Tempat tinggal itu dilengkapi dengan makanan dan kemudahan serta selamat daripada rumah pokok, namun Charlie menolak tawaran berkenaan.

Dia juga berkeras untuk tinggal di rumah pokoknya kerana selesa di situ dan hanya akan berpindah, jika pemilik tanah memintanya berbuat demikian.

Menurut Charlie, satu-satunya perkara yang dia mahukan adalah pekerjaan dan dia mahu hidup sendiri tanpa membebankan kerajaan atau orang lain.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Lelaki China Hilang Ditemui Mati Tergantung Atas Pokok.

Lelaki China Hilang Ditemui Mati Tergantung Atas Pokok. | TENOM: Seorang lelaki warga China yang dilaporkan hilang di pusat pembinaan Empangan Mini Hydro Telekosang, di sini sejak 1 Oktober ditemui mati dalam keadaan tergantung atas pokok, hari ini.

Lelaki China Hilang Ditemui Mati Tergantung Atas Pokok.

Mangsa, Yang Ming Zhong, 37, yang merupakan seorang pekerja mahir dalam membuat pengerudian terowong, ditemui dalam keadaan reput dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Tenom, Hasan Majid, berkata mangsa ditemui 10.30 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi sejak laporan mangsa hilang diterima.

Katanya, ketika ditemui, mangsa yang memakai baju T berwarna merah dan berseluar pendek tergantung dengan tali di sebatang pokok di kawasan berkenaan.

“Sebelum dilaporkan hilang, mangsa dikatakan memberitahu rakan sebiliknya bahawa dia ingin keluar mencari kawasan yang mempunyai talian telefon.

“Bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah sehingga keesokkan harinya dan rakan mangsa terus memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum satu laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi.

Hasan berkata, berdasarkan laporan diterima, polis terus melancarkan operasi SAR membabitkan 54 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Pangkalan Sabah.

Selain itu katanya, operasi turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tenom untuk proses bedah siasat dan operasi SAR ditamatkan serta-merta.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

Share.

Leave A Reply