(Video) Nak Dapat Diskaun 80% Untuk Saman, Sanggup Beratur Hampir 2KM | Seperti yang kita tahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan 80 peratus diskaun saman trafik sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula 9 Disember hingga 12 Disember 2022.
Sejak 9 Disember lalu, rata-rata kaunter bayaran trafik di seluruh negara sibuk dengan orang awam yang tak melepaskan peluang keemasan ini untuk membayar tunggakan saman masing-masing. Situasi sama berlanjutan di salah satu kaunter bayaran trafik di Kuala Lumpur hari ini.
Tinjaun Bernama pada hari terakhir tawaran diskaun 80 peratus saman PDRM mendapati orang awam beratur hampir dua kilometer di kaunter bayaran trafik untuk membuat pembayaran saman. Video berkenaan dilaporkan dirakam di Balai Polis Trafik Tun HS Lee, Kuala Lumpur pagi ini.
Selain di kaunter bayaran trafik seluruh negara, orang awam digalakkan untuk membuat pembayaran kompaun saman trafik PDRM secara atas talian. Pembayaran secara online boleh dibuat menggunakan aplikasi atau laman web rasmi MyBayar Saman.
Diskaun 80 peratus kompaun saman hanya tertakluk kepada kesalahan-kesalahan tertentu, tidak termasuk kesalahan kemalangan, memotong secara merbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak patuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC), kesalahan yang berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan.
[Video] Orang awam beratur hampir dua kilometer di pekarangan Balai Polis Trafik Tun HS Lee, Kuala Lumpur bagi mendapatkan pengurangan saman trafik terpilih sehingga 80 peratus yang berakhir hari ini.
📹: Amirul Sajadi pic.twitter.com/tR02ItjT1W
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 12, 2021
Sumber : SK