Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

(Video) ‘Nurse’ Sebak Dapat Balik Sarawak Lepas Dua Tahun ‘Sangkut’ Di Singapore | Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Itulah ungkapan yang tepat untuk wanita asal Sarawak ini yang telah dua tahun ‘terkandas’ di Singapura.

(Video) 'Nurse' Sebak Dapat Balik Sarawak Lepas Dua Tahun 'Sangkut' Di Singapore

Jururawat yang bertugas di Singapura pemilik nama Tracy Jantom ini tidak dapat menahan sebak apabila dia dibenarkan pulang ke tanah air dan turut memuatnaik video mengharukan ini di beberapa platform sosial media miliknya.

Video menyentuh hati yang diunggah Tracy mendapat sorotan warga net apabila ditonton sebanyak 486.8 ribu kali di laman TikTok setakat ini.

Menurut Tracy dalam video tersebut, dia tidak dapat pulang ke Malaysia sejak penularan virus COVID-19 dua tahun lalu kerana tuntutan kerja sebagai petugas barisan hadapan di negara jiran Singapura.

Dek kerinduannya untuk pulang ke tanah air bertemu keluarga, wanita tersebut tak dapat membendung air mata semasa berada di dalam pesawat. Hidup sendirian di negara orang selama dua tahun tanpa keluarga di sisi adalah sukar baginya.

“Asalnya saya nak rakam video makan mufin yang mereka (pihak penerbangan) beri.

“Tapi tiba-tiba saya tak mampu tahan emosi.

“Memikirkan kesukaran yang saya hadapi selama dua tahun tanpa keluarga di sisi.

“Tangani pandemik sebagai seorang petugas baris hadapan tak mudah,” tulis Tracy dalam video berkenaan, turut tidak percaya akhirnya dia pulang ke Malaysia.

Sepulang dari Singapura, Tracy disambut oleh ahli keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri. Pun begitu, mereka hanya mampu bertemu dari jauh dan masih belum boleh melakukan sebarang kontak sehingga Tracy habis menjalani kuarantin.

Dalam video yang sama, Tracy turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendapatkan suntikan vaksinasi. Kerana ‘bantuan’ rakyat Malaysia, dia kini dapat pulang bertemu keluarga di tanah air.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengambil vaksinasi.

“Kerana anda, saya boleh pulang,” tulis Tracy di akhir video.

Sumber : SK 

Share.

Leave A Reply