(Video) “Bunyi Seakan Bom”. Objek Misteri Berbentuk Obor-obor Kelihatan Di Langit Rusia | Penduduk Rusia telah dikejutkan dengan satu penemuan objek misteri seakan-akan berbentuk obor-obor yang dilaporkan kelihatan di ruang udara Russia, baru-baru ini menurut laporan The Sun UK.

(Video)" Bunyi Seakan Bom". Objek Misteri Berbentuk Obor-obor Kelihatan Di Langit Rusia

Objek tersebut dikatakan berkilauan selepas dilihat ia terbang merentasi ruang udara yang sedang menuju ke bumi menurut portal berita terbabit.

Menurut salah seorang penduduk tempatan, objek berkenaan dilihat terbang secara perlahan sehingga membuatkan mereka percaya bahawa ia adalah sebuah roket.

Jelasnya, dia dan rakan-rakan terlihat satu pergerakan objek di langit yang dilihat seperti komet namun ia dikatakan bergerak dengan sangat perlahan sehingga mereka mengesyaki bahawa objek tersebut merupakan roket atau mesin terbang.

Tambahnya lagi, tidak lama selepas itu, objek tersebut tiba-tiba dikatakan meletup sebelum ia menjadi bentuk obor-obor. Mereka turut mengakui bahawa telah terdengar bunyi letupan ketikal hal tersebut berlaku.

Tambah portal terbabit, beberapa penonton video tersebut percaya ia kemungkinan roket atau satelit yang kembali masuk ke dalam atmosfera.

Tapak pelancaran roket Russia’s Vostochny Cosmodrome dilaporkan terletak di wilayah tersebut, memberi kemungkinan ia adalah misil yang masuk semula ke atmosfera bumi selepas dilancarkan, lapor The Sun UK.

Sumber: The Sun UK

Share.

Leave A Reply